Nuffnang Ads

Showing posts with label Set Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Set Bersalin. Show all posts

Wednesday, 7 November 2012

Tungku Elektrik @ Bantal Panas Magnetik


TUNGKU MODEN / TUNGKU ELEKTRIK / BANTAL PANAS
Mudah dan Berkesan!

 
RM48.00 SAHAJA
RM40.00 (NON-Magnetic)

APA ITU TUNGKU MODEN / TUNGKU ELEKTRIK / BANTAL PANAS?Bantal Panas adalah sebuah bantal seperti hot water bag, tapi utk hot water bag kita perlu isi air panas dan tuam /tunku pada tempat yg lenguh atau sakit. TUNGKU MODEN / TUNGKU ELEKTRIK / BANTAL PANAS tak perlu di isi dgn air panas.


Charge selama 5 minit, selepas lampu indicator terpadam, bantal panas boleh terus digunakan.


TUNGKU MODEN / TUNGKU ELEKTRIK / BANTAL PANAS ini merupakan inovasi terbaru tungku yang satu ketika dahulu bersifat tradisional kini di perbaharui untuk kemudahan anda, ia sangat baik untuk kesihatan anda sekeluarga.Diperbuat daripada bahan anti-kuman yang mengandungi cecair, tungku moden ini bersih dan mempunyai unsur perubatan yang tersendiri.

Fungsi TUNGKU MODEN / TUNGKU ELEKTRIK / BANTAL PANAS :

1. Mengelakkan artritis.
2. Baik untuk pesakit strok.
3. Mengurangkan sakit servikal vertebra.
4. Mengurangkan sakit kepala, sakit gigi
5. Melegakan sakit leher, bahu dan belakang badan.
6. Melegakan masalah sengugut (period pain)
7. Membantu mengurangkan berat badan.
8. Mengurangkan masalah lenguh-lenguh lutut dan sakit pinggang
9. Mengurangkan masalah perut kembung.
10. Melegakan bahagian tulang patah

Ciri-ciri TUNGKU MODEN / TUNGKU ELEKTRIK / BANTAL PANAS :
Cecair merupakan herba dan air, ianya diisi sekali sahaja dan mudah di bawa ke mana-mana.

PERHATIAN :-
Jika lama kelamaan airnya semakin kurang akibat tersejat, 'refill' semula dengan air biasa. Terdapat satu lubang berpenutup plastik yang boleh dicungkil keluar dan isi air biasa yang bersih dan tutup kembali.
Berat = 1.9kg++ setiap satu
.
Siapa yang sesuai memakainya?
* orang dewasa 12 tahun dan ke atas.
* wanita yang baru lepas bersalin dan menghadapi senggugut.
* Menghadapi masalah lenguh badan dan angin.
* Juga untuk lelaki sesuai untuk seluruh badan kecuali bahagian kemaluan.

.
Cara-cara penggunaan:-
Caj tungku selama 5 hingga 7 minit dan lampu khas akan terpadam secara automatik. Bantal akan menjadi panas sehingga 70 - 80 darjah celcius dan ia akan bertahan di antara 2 - 3 jam.
 


Pasangkan wayar pada soket 'wall' dan bantal
.


- Lampu akan menyala sehingga padam sendiri dalm tempoh 5 ke 8 minit.
- Cabut wayar dari bantal dan dah boleh start guna.

Produk yg diiktiraf ISO9001 (International)


Penting:
1. Pastikan sambungan plug sempurna.
2. Selepas lampu caj terpadam bekalan elektrik hendaklah ditutup
3. Tanggalkan wayar caj dari bantal.
4. Elakkan dari meninggalkan tungku ini pada suatu bahagian di badan terlalu lama bagi mengelakkan masalah kulit.
.
.
 
 

Monday, 5 November 2012

SET BERSALIN ATIKA BEAUTY

 


Harga : RM 295.00

POS LAJU PERCUMA

Set Bersalin Ini Mengandungi :

a. Jamu Bersalin 1
b. Jamu Bersalin 2
c. Teh Herba Tampang
d. Minyak Herba
e. Minyak Bayi
f. Rempah Pembersih Wanita
g. Param
h. Tapal
i. Pilis

Jamu Bersalin 1

Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin.

Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari sebelum makan.


Jamu Bersalin 2

Digunakan secara tradisional untuk menguatkan otot-otot tubuh dan mengurangkan berat badan bagi wanita selepas bersalin.

Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari, sebelum makan.


Teh Herba Tampang

Sebagai minuman selepas bersalin.

Cara Penggunaan : Rendam 1 uncang secawan air panas selama 5 minit. Minum ketika masih panas. Minum 2 kali sehari selepas makan bermula pada hari ke 4 selepas bersalin sehingga hari ke 8.


Minyak Herba

Membantu menyingkirkan angin dan memanaskan badan. Ekstrak herba yang digunakan juga mempunyai tindakan anti bakteria, anti radang serta anti fungus.


Minyak Bayi

Digunakan untuk bayi bagi mencegah dan mengubati perut kembung serta memberikan kehangatan pada bayi.


Rempah Pembersih Wanita


Menyegarkan, mengembalikan kawasan vagina agar bersih serta mengelakkan jangkitan. Menghilangkan bau dari darah kotor yang keluar serta merapatkan vagina.

Cara Penggunaan : Gunakan produk ini 2 kali sehari. Setiap uncang boleh digunakan sebanyak 2 kali. Rendam 1 uncang dalam 500ml air panas selama 10 minit atau bagi mendapatkan larutan yang lebih pekat, rebus 1 uncang ke dalam satu liter air selama 15 minit. Cuci bahagian vagina dengan larutan herba atau tuang larutan ke dalam besen bulat. Campur dengan 1 liter air bagi penyediaan larutan suam. Rendamkan bahagian vagina anda ke dalam larutan tersebut dan duduk sehingga larutan itu sejuk. Buang larutan itu selepas digunakan.

Param

Boleh dicampurkan dengan minyak urut semasa urutan. Menolong memecahkan lemak serta memanaskan badan. Boleh juga digunakan sendiri dengan mencampurkannya dengan air dan dilumurkanpada seluruh badan kecuali buah dada. Baik untuk melancarkan darah, memanaskan, melegakan rasa gatal serta memecahkan lemak.

Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 4 sudu besar air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh tubuh kecuali buah dada.

Tapal

Digunakan untuk memejalkan dan menguatkan tisu abdomen. Campuran herba yang mengandungi tanah liat dan jus limau juga membantu menghilangkan parut, tompok hitam pada perut.

Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan dengan rata di kawasan perut. Tutup dengan kain nipis sebelum menggunakan Bengkung Atika Beauty.


Pilis

Membantu menghindari sakit kepala dan menyejukkan mata.

Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh dahi.

Set Bersalin HPA


SET BERSALIN - 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1



Harga:  RM85.00  

Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-

1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.

2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.

3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.

4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.

5. Menghilangkan sakit batu meriyan.

6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.

7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.

8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Set bersalin mengandungi:-

Minyak Barut (2 unit).

Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

Minyak Bayi (2 unit).

Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

Teh Herba (1 unit).

Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).

Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

Kapsul Wanita A & B.

Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

Ubat Basuh (Kegunaan Luar).

Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

Spirulina.

Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Tambahan Info:

1. Ubat Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.
Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
- Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

3. Spirulina
- 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

4. Minyak Barut
- Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

5. Minyak Bayi
- Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

6. Teh Herba
- Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

7. Ubat Basuh
- Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.

Puluhan ribu ibu-ibu telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.

SET RANGKAIAN HERBANIKA BERSALIN NONA ROGUY

Semuanya dalam satu pek pada harga : RM365.00


  • PhytoNatal - 90 biji
  • Akar Herbanika - 10 paket
  • Minyak Herbanika - 100 ml
  • Herbanika barut (krim) - 60gm
  • Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
  • Herbanika Lulur - 100gm
Nona Roguy memperkenalkan kepada anda set lengkap Herbanika Bersalin yang merangkumi penjagaan kesihatan ibu selepas bersalin secara luaran dan dalaman. Rumusan istimewa yang telah terbukti keberkesanannya sejak zaman kegemilangan Raja-Raja Melayu, Siak Sumatera dan Keraton Solo.
Herbanika Bersalin terbukti berkesan memelihara kesihatan, mengekalkan kecantikan badan dan wajah serta mengatasi angin meroyan dan tekanan emosi. Keselamatan, kebersihan dan keasliannya adalah dijamin. Nona Roguy sentiasa bersama anda menuju kearah kebahagiaan dan kesempurnaan hidup.



Tablet Herbanikan Bersalin (PhytoNatal)
90 tablets - 140.00
/ 180 tablets - RM205.00

Untuk di makan
Khasiat Membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin lendir dan darah kotoran dalam sistem badan. Menyegarkan fungsi rahim serta mengeluarkan susu yang segar dan menambahkan daya tenaga semasa pantang. Mengimbangkan kembali sistem badan. Memperbaiki perjalanan darah. Meringankan dan mengencangkan badan. Baik untuk membuang lemak dan sakit anggota, angin merian, kembung perut, melawaskan pembuangan air besar dan kecil. Memelihara kesihatan dan kecantikan.

Cara pemakanan
a) Dosej Kapsul
i ) Untuk Kelawasan Biasa Harian ( 3-5 biji sebelum sarapan)
ii) Bagi yang sembelit Harian ( 3-5 biji pagi) ( 3-5 biji tengahari) ( 3-5 biji petang) ( 3-5 biji malam)

b) Dosej Paket
i)Untuk kelawasan biasa Harian
(1-2 pkt herbanika rempah bersalin ? sebelum sarapan)

ii)Bagi yang sembelit Harian
( 2 pkt herbanika rempah bersalin ? sebelum sarapan)


Herbanika Barut
150 gm RM60.00

Untuk kegunaan luar
Khasiat Sangat berkesan untuk ibu-ibu yang perutnya membesar selepas bersalin. Dapat mengatasi perut yang lembik, kembang, kendur dan buncit. Dapat menghilangkan parut-parut dan jaluran pecah-pecah di kulit perut. Membantu melicinkan perjalanan darah dan mengeluarkan darah-darah busuk dari saluran rahim. Dapat merampingkan pinggang dan mengempiskan perut.


Cara Penggunaannya :
1-2 sudu besar Herbanika Barut di masak dengan 4 sudu besar Asam Jawa di dalam periuk tanah, masukkan air secukupnya. Seelok-eloknya biarlah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kacau sehingga sebati dan biarkan seketika. Setelah masak, biarkan ia agak suam, baru lumurkan ke seluruh pinggang, perut dan bahagian ari-ari.


Sebelum menggunakan Herbanika Barut. lumurkan Minyak Herbanika ke bahagian atas perut, ari-ari, pinggang dan peha. Lepas itu barulah ikat kain barut dengan kejab.

Lakukan 2 kali sehari. Pagi ( di gunakan selepas mandi) Petang (7 mlm): Bukakan ikatan barut dan cuci bahagian perut dan pinggang dengan Minyak Herbanika, Kemudian ulangi menggunakan Herbanika Ramping Perut suam-suam panas dan ikat semula barut.Biarkan berbarut sehingga pagi. Perhatian

Bagi yang bersalin secara pembedahan gunakan Herbanika Ramping Perut selepas 1 bulan bersalin.
Cara penggunaan: Selepas sebulan : Gunakan Herbanika Ramping Perut di bahagian atas dan bawah abdomen, di bekas jahitan, belakang dan pinggul seperti cara-cara yang di beri untuk penggunaan bersalin secara normal.

Adalah sangat baik dan berkesan bagi yang bersalin secara pembedahan untuk memakai barut atau bengkung dengan ketat dan kejab yang selesa supaya:-
  • Dapat mengencangkan dan mengempiskan abdomen anda
  • Dapat melangsingkan pinggang anda
  • Dapat mengurangkan atau menghilangkan bekas parut kulit.




Uncang Cuci Herbanika
15 t-baq RM100.00

Untuk kegunaan luar Digunakan sebagai air cebok semasa menjalani rawatan selepas bersalin, membantu mengawal berbagai penyakit selepas bersalin, penyakit kulit yang berair, kering, berkuping, berdarah dan bernanah. Mempercepatkan kesembuhan bagi luka berkudis, luka pembedahan, luka dan kudis penyakit kencing manis dan infeksi di bahagian sulit (lelaki / perempuan).
Cara kegunaan:
Ambil 1/2 pkt Herbanika Uncang Cuci campur ? liter air panas mendidih. Biarkan warna menukar kekuningan herba, guna airnya yang masih panas yang tidak melecurkan. Gunakan kapas untuk mencuci bahagian sulit selepas buang air kecil bagi ibu-ibu dalam pantang atau infeksi tempat sulit. Untuk kegunaan lain, boleh di amal menggunakan kapas, membersihkan tempat-tempat yang berpenyakit, sebelum sapu ubat-ubat sakit kulit.

Boleh di amal 2 sehingga 3 kali sehari iaitu (Pagi dan Malam) atau ( Pagi, Petang dan Malam) sehingga ia tidak mengeluarkan warna herba lagi.
1. Gunakan Herbanika Uncang Cuci untuk membersihkan dan mencebok bahagian tempat sulit semasa dalam pantang untuk menjaga kebersihan dan kesegaran tempat sulit.

2. Setiap kali selepas membersihkan tempat sulit : sapukan Minyak Mustajab di bahagian tempat sulit dan tuangkan Minyak Mustajab ke atas Tuala Wanita.

3. Jika ada luka atau luka yang belum sembuh, ambil 1 pkt Mustajab Muda Mesra (Pembersih Dalaman ) di campur dengan Minyak Mustajab dan buat seperti Krim Herba. Sapu di bahagian yang luka itu, setiap kali bahagian itu di bersihkan. Jika luka sudah sembuh, sapu Minyak Mustajab sahaja di bahagian tempat sulit sehingga habis pantang bersalin.


Herbanika Lulur ~ Untuk kegunaan Luar150 gm RM60.00
Khasiat
Membantu menegangkan payudara yang kendur. Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan memgembalikan kepejalan badan. Pembersih antiseptik yang membantu mengatasi penyakit dan mempercepatkan pemulihan serta mengatasi panyakit kebas, mudah sejuk, urat saraf serta peluh yang berbau. Mengecutkan bengkak-bengkak yang di sebabkan oleh angin lendir di sendi, peluh yang berbau dan urat-urat timbul.

Membantu sebagai penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat. Terbukti keberkesanannya bagi lelaki dan perempuan.

Cara kegunaan:
1. Selepas mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mulai lulur seluruh badan seperti berikut :
1/2 sudu besar Herbanika Lulur di campur dengan air panas suam serta sedikit air florida ( Jika perlu). Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki, tangan, lengan dan belakang.

2. Guna air Florida untuk lulur supaya tidak bertepek-tepek.
3. Sapu kaki dan tapak kaki dengan air Florida dan pakai stokin yang tipis.



Akar Herbanika ~ Untuk Diminum15 t-baq RM70.00 / 30 t-bag RM100.00
Khasiat
Menyegarkan urat saraf dan membantu mengeluarkan susu segar dan pekat. Ia dapat mengurangkan air yang berlebihan dalam badan. Melawaskan pembuangan air kecil, meringankan badan, membantu memecahkan lemak yang degil dan mengurangkan keletihan serta sakit-sakit sendi, juga untuk mengawal bau badan. Bagi lelaki, untuk penyuburan benih dan menghindarkan angin pasang.

Ambil 1 pt Akar Herbanika di campurkan dengan 1 cawan air panas. Jika terlalu pekat bolehlah ditambah air sehingga ia menjadi cair. Boleh di campur dengan gula batu atau madu lebah jika perlu. Minum air Akar Herbanika suam-suam panas sebagai ganti minuman biasa. Sehari 3-4 cawan.
Nasihat Untuk penjagaan intensif bagi mempercepatkan penyemburan luka dalaman. Adalah di nasihatkan mengamalkan meminum air Resipi Halia seperti berikut:

Resipi Halia 1-2 sudu teh Madu Arab (boleh di dapati di Nona Roguy)
1 sudu teh Air Gamat 1 sudu teh Pati Halia
Campur bahan-bahan di atas di dalam cawan dan di tambah dengan air suam secukupnya.


Bagi yang bersalin secara normal :
Pengambilan setiap pagi selama seminggu bermula dari selepas bersalin


Bagi yang bersalin secara pembedahan :
Pengambilan setiap pagi selama 2 minggu bermula dari selapas bersalin. Selepas tamat tempoh pantang bersalin. - Setiap kali selepas bersama suami, perlu membersihkan tempat sulit dan sapu Minyak Mustajab ke dalam saluran faraj serta luaranya untuk memelihara kebersihan dan kesegarannya.


Selalu menggunakan Mustajab Harmonis untuk kesegaran saluran faraj. Teruskan amalan meminum air Akar Herbanika sebagai Teh Herba untuk menjaga kesegaran dan kecantikan.




Minyak Herbanika ~
Untuk kegunaan luar130 ml RM68.00 / 260 ml RM105.00.
Khasiat
Membantu melembut dan mengencangkan kembali kulit perut. Di sediakan khusus untuk ibu-ibu yang menjalani rawatan selepas bersalin. Minyak pelembap melembutkan dan mengencangkan kembali perut yang kendur, lembik, dan pecah-pecah berjalur. Dapat menyegarkan urat saraf dan otot- otot yang lemah, kulit-kulit badan dan payudara yang kendur. Membantu melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin kotoran melalui liang-liang roma badan.

Cara kegunaan : Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha. Sangat mujarab digunakan untuk urut. Boleh guna bengkung (jika perlu), ikat biar selesa.

Perhatian :
1. Guna Minyak Herbanika sebelum menggunakan Herbanika Ramping Perut.
2. Bagi yang bersalin secara pembedahan.


Cara kegunaan:
Selama sebulan : Hanya sapu Minyak Herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah, belakang serta bahagian pinggul dan gunakan kain barut atau bengkung untuk membarut bahagian-bahagian tersebut.


Pengguna Set Bersalin Nona Roguy
Apakah perbezaan diantara herba bentuk serbuk dan kapsul ?
Sebenarnya tidak ada beza diantara herba serbuk dengan kapsul. Hanya kadar penyerapan secara serbuk adalah lebih cepat untuk bertindak dan satu kelebihan serbuk ialah ia boleh digunakan sebagai rawatan sampingan luaran.


Mengapa ibu di dalam pantang bersalin menghadapi cirit birit apabila mengamal Herbanika Bersalin ?

Rempah Herbanika Bersalin adalah pembersih dalaman badan yang bertindak khusus sebagai pembongkar dan pembuangan angin,darah dan lendir bertoksik yang berkeliaran dalam sistem peranakan, urat saraf, otot-otot dan sendi ibu bersalin.
Cirit-birit yang berlaku lebih daripada 5 kali berkemungkinan menandakan ibu bersalin itu mempunyai banyak pengumpulan angin bertoksik dan air bisa yang tersembunyi yang akan dikeluarkan secara berair, berbuih-buih serta berbau busuk dan masam. ? Adakala pengeluaran najis berwarna hijau, berlendir dan berbau amat busuk, menandakan terdapat banyak himpunan keracunan yang sebati dalam sistem dalaman badan.

Adakala pengeluaran najis bertali-tali, berbiji-biji bewarna putih dan berbau hanyir menandakan banyak himpunan angin keracunan yang mempunyai lemak berlendir berlebihan di dalam badan.

Adakala pengeluaran najis berminyak dan bewarna hitam dan berbau busuk menandakan banyak himpunan sisa-sisa pemakanan menjadi toksik yang tersimpan lama di dalam sistem badan.

Adakala keluaran najis berupa lendir dan air sahaja berserta angin seperti cirit-birit. Ini menandakan pengamal ini bermasalah dari sekatan angin toksik dalam otot-otot sendi di mana jika tidak dikeluarkan berkemungkinan akan mendapat penyakit bisa-bisa otot dan sendi, sejuk-sejuk tulang, penyakit kebas, berat tengkuk dan kepala, mata kabur, keletihan, lesu dan tiada bernafsu.

Jikalau mengalami sakit perut dan memulas pada setiapkali hendak membuang air besar itu menandakan pengumpulan angin bertoksik iaitu’ Angin pasang” disekitar pusat di bongkar dan di pecahkan di mana ibu bersalin akan terasa bisa di bahagian rahim.

Proses secara ini akan membantu mengeluarkan sisa-sisa darah nifas, darah bantal dan darah bayam yang berbau busuk seperti bangkai. Jika tidak dikeluarkan kebanyakkan ibu bersalin berkemungkinan akan mengalami :
  • Lemah rahim
  • Bengkak dan Inflamasi bahagian rahim
  • Senggugut
  • Timbunan isi di dalam dan luar rahim
  • 2 Endometriosis dan Adenomyosi
  •  Ketumbuhan dalam dan luar rahim Fibroid
  •  Sis (Cyst)
  • Polips (Polyps)
  • Gangguan Haid
  • Gila Meroyan
Dan bermacam penyakit puan sehingga tercetus penyakit barah.


Mengapakah setelah mengamalkan produk Nona Roguy terutamanya Herbanika Bersalin dalam pantang kerap mendapat masalah alahan pada kulit atau \’skin allergy? seperti ruam dan gatal-gatal ?
Apabila ibu dalam pantang bersalin mendapat alahan kulit atau skin allergy semasa mengamal Herbanika Bersalin, menandakan pengeluaran hasil kekotoran dan angin keracunan yang terkumpul dalam sistem badan melalui pembukaan liang roma.  Angin darah kotor ini di kenali sebagai Angin Resdung Darah yang jika dibiarkan berkemungkinan akan menjadi penyebab penyakit migraine, keguguran rambut, serangan berbagai penyakit kulit, jangkitan kuman dan fungus (kulat) di kulit dan di bahagian sulit.

Adakah akan berlaku sebarang kesan sampingan pada bayi yang menyusu sekiranya ibu bersalin mengamalkan Herbanika Bersalin ?
Bayi yang menyusu daripada ibu yang sedang mengamalkan Herbanika Bersalin, tidak semuanya akan mengalami pembuangan air besar yang kerap. Jika kerap berlaku pembuangan air besar yang cair, ini adalah Krisis Pemulihan kepada ibu bersalin yang banyak menyimpan angin toksik dalam sistem badan dan mungkin telah disalurkan pada bayi dalam kandungan. Apabila ibu melalui krisis pemulihan, bayi yang menyusu akan turut melalui pembuangan air besar yang kerap selama 1 minggu.

Jika pembuangan air besar bayi terlalu lawas dan menyebabkan ruam panas, atau kemerahan di bahagian dubur, ibu boleh mengurangkan sukatan Herbanika Bersalin. Tetapi hendaklah melebihkan minum air Akar Herbanika yang pekat untuk membantu mengeluarkan angin panas dalam badan dan melancarkan perjalanan darah. Ia juga dapat membantu bayi daripada serangan kembung perut, angin pasang dan penyakit kuning di mana kelemahan ini telah sedia ada dalam bayi semasa dalam kandungan ibu.


Bolehkah Herbanika Bersalin dijadikan amalan seharian selain daripada waktu dalam pantang bersalin?

Herbanika Bersalin ialah Pembersih Dalaman ringan yang boleh diamalkan oleh lelaki dan perempuan yang lawas pembuangan air besar (normal) atau terlalu lawas pembuangan air besar (sensitif) dan banyak angin dalam usus.

Ia dapat membantu mengeluarkan angin, air yang berlebihan dan lemak di perut dan di usus dengan berkesan.

Keberkesanannya sangat mujarab bagi pesakit-pesakit urat saraf, bisa, bengkak otot dan sendi, gemuk angin dan air (sembab), penyakit kebas, sejuk-sejuk dan kerap membuang air kecil.

Ibu boleh meneruskan pengamalan Herbanika Bersalin selepas pantang jikalau terasa selesa dengan pembersihan yang ringan ini. Tetapi disyorkan penambahan pembersih dalaman \’Rangkaian Mustajab untuk membantu memperkuatkan daya pembersihan dan membongkar penyumbatan segala kekotoran di bahagian dalaman dengan lebih efektif.

Sunday, 4 November 2012

SET BERSALIN MUSTIKA RATU LENGKAP

 
SET BERSALIN JAMU SELAPAN 44 HARI
 
HARGA: RM120.00 FREE POSLAJU

SET BERSALIN JAMU SELAPAN LENGKAP

 
HARGA KEDAI BESTARI - RM190.00 FREE POSLAJU
.
Jamu Selapan Mustika Ratu"Rawatan 40 hari selepas Bersalin"
Melahirkan bayi merupakan satu pengalaman yang sungguh bermakna. Kehamilan memerlukan persedian dari segi fizikal dan emosi manakala perawatan dalaman sangat di utamakan agar dapat kembali bentuk badan asal selepas bersalin.


Walaupun pelbagai jenis rawatan moden berada dipasaran tapi masih ramai wanita khasnya masyarakat Melayu memilih cara Tradisional untuk rawatan selepas bersalin.


Produk di dalam pakej ini:-

1) Galian Parem Wangi (MAL20000526T)
2) Pulih Balung Sumsum (MAL20034147T)
3) Pilis Wangi (MAL19988836T)
4) Tapel Raket Mustika Sejati (MAL2000528T)
5) Parem Segar Sumyah (MAL20000527T)
6) Bubuk Bancar Air Susu (MAL20000529T)
7) Minyak Telon (MAL20000530T)
8) Ginasih Pembersih Wanita (MAL05031068K)
9) Kaplet Mimi Lan Mintuno (MAL19987671T)
10) Minyak Telon (MAL20000530T)
11) Kain Bengkong Gurita (8 meter, bernilai RM60.00, DIBERIKAN PERCUMA)
12) CD Tips Perawatan Semasa Dan Selepas Pantang Mustika Ratu (DIBERIKAN PERCUMA)




Pemakaian Jamu Selapan
1. Tapel Raket Mustika Sejati
Ditumbuk dahulu Tapel Raket kemudian di campurkan dengan 1/2 sudu kapur sirih, perahan limau nipis dan 5 titisan minyak kayu putih. Sapukan pada perut kemudian ditampal dengan daun sirih atau daun mengkudu. Ia bertujuan mengeluarkan darah kotor di samping mengencangkan kembali kulit perut.


2. Berbengkung
Selepas menyapukan Tapel Raket pada perut, boleh berbengkung secara melilit bengkung dari bawah punggung sehingga ke atas perut. Biarkan seharian. Amalkan berbengkung ini selama 40 hari berturut-turut. Berbengkung dapat mengencangkan kembali otot perut agar dapat kembali `surut` dan langsing.


3. Pilis WangiPilis Wangi ditumbuk dan dicampurkan dengan air biasa ( pekat ). Kemudian tampal diatas dahi. Biarkan Pilis Wangi sehingga kering. Ia berkhasiat menghilangkan lebam dibawah mata disamping menyegarkanya.


4. Bancar Air Susu
Dicampurkan dengan air biasa, sederhana pekat. Sapukan di sekeliling payu dara. Elakkan bahagian puting, biarkan ia kering. Ia membantu melancarkan susu ibu.


5. Parem Segar SumyahDicampurkan dengan air biasa dan 10 titisan minyak kayu putih. Campuran hendaklah sederhana pekat dan sapukan pada kulit badan yang terdedah seperti lengan, kaki dan leher. Ia memberikan kehangatan dan memgelakkan dari masuk angin.


6. Jamu Galian Parem WangiMinumlah jamu Pil Galian Parem Wangi 5 biji setiap pagi bertujuan mengeluarkan darah kotor dan melncarkan air susu ibu.


7. Jamu Pulih Balung Sumsum
5biji diminum setiap petang untuk mengembalikan kesihatan ibu.


Rawatan Tradisional Bayi Menggunakan Minyak Telon Mustika Ratu
Lakukan urutan pada bayi selepas dia mandi. Sekiranya pusat bayi sudah luruh titiskan minyak telon kedalam pusat bayi dan urutkan di kawasan pusat bayi dengan menggunakan ibu jari. Lakukan gerakan secara membulat sebanyak 7 kali sebelum ibu jari di pusingkan kembali.
Urut juga bahagian tapak kaki bayi perlahan-lahan agar badan si kecil tidak di masuki angin. Setelah mengurut lembut kawasan lutut dan betis, beralih ke belakang badan dan urut menggunakan jari dan tapak tangan anda. Sekiranya bayi anda mengalami masaalah senak perut, sebaiknya urut di celah piggul bayi agar dia kembali selasa.


Rawatan Menggunakan Jamu Kaplet Mimilan Mimtuno Dan Ginasih Wash
Untuk anda yang hilang ghairah dalam hubungan suami, eloklah makan Jamu Kaplet Mimilan Mintuno yang di buat dari akar-akar kayu. Akar kayu ini dapat membantu mengembalikan ghairah dan juga mengencangkan otot-otot Vagina dan merawat masalah keputihan.
Setiap kali mandi, untuk perawatan luaran, bersihkan bahagian sulit dengan Ginasih Pembersih Wanita yang dibuat dari daun sirih yang terbukti mempunyai anti septik untuk membunuh bakteria dan juga membantu merawat keputihan.

SET BERSALIN SENDAYU TINGGI

 
 
 

Harga: RM383.00


KEKAL JELITA, RAMPING MENAWAN SELEPAS BERSALIN...

Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, sesetengahnya akan mengalami meroyan atau keracunan darah (blood poisoning) yang amat merbahaya di mana ia adalah disebabkan kotoran yang tertinggal. Virusnya akan membunuh hormon wanita yang akan menyebabkan kurangnya hormon estrogen dalam badan. Ia menyebabkan wajah seseorang itu menjadi pucat, lesu dan berlaku perubahan pada struktur anggota tubuh badan, haid tidak teratur serta keluar bau busuk dari alat sulit.

Amme Complete merupakan pakej lengkap dengan 11 produk luar dan dalam dengan formula yang lebih menyakinkan dan disediakan dalam bentuk mudah dibawa dan eksklusif untuk rawatan sepanjang tempoh 60 hari berpantang. Ia memberikan penjagaan menyeluruh dari hujung rambut ke hujung kaki dan menjamin kesihatan dalaman dan kecantikan luaran. Badan lebih bertenaga, langsing dan bersedia di dalam menjalani tanggungjawab sebagai isteri selepas bersalin.

Amme Complete bertindak:-

• Membaikpulih luka dalaman ketika bersalin, mengurangkan rekahan kulit dan selulit, memberikan tenaga dan memperbanyakkan air susu.

• Mengecutkan rahim dan perut, mengeluarkan darah beku, mengelak dari terkena meroyan.

• Membentuk kembali kecantikan dan kelangsingan tubuh seperti sebelum bersalin.

• Menyegar serta memberikan tenaga dan mengelakkan masalah haid tidak teratur, badan sengal-sengal dan sindrom dingin seksual selepas bersalin

LANGKAH PENGAMBILAN AMME COMPLETE

1. Pengambilan produk 2 biji kapsul 3 kali sehari dalam 15 – 30 minit selepas makan mengikut botol yang telah ditetapkan. Sekiranya bayi yang menyusu badan mengalami cirit-birit dan ruam sila kurangkan dos kepada 2 biji kapsul untuk 2 kali sehari. Teruskan pengambilan dari botol 1 selepas hari yang ke 60 sekiranya masih berbaki.

2. Amme Massage dan Amme Heat haruslah dicampurkan untuk tujuan mengurut dan tidak perlu dibilas dengan air.

3. Campurkan Body Tone dengan air kemudian sapukan ke seluruh badan sehingga kering. Sental pada badan seperti skrub untuk menanggalkan daki dan bau badan. Kemudian mandi dengan air suam dan lap badan hingga kering.

4. Campurkan Tummy Tone dengan sedikit air atau perahan limau nipis dan sapukan pada perut. Biarkan kering sebelum memakai bengkung. Bagi pengguna yang melalui pembedahan, jarakkan sapuan sebanyak 2 inci dari jahitan. Sekiranya timbul ruam atau gatal, sapu secara tipis dan bancuh Tummy Tone hanya menggunakan air sahaja.

5. Langkah terakhir, Amme Heat disapu pada betis dan tapak kaki sebelum memakai stoking.

6. Gunakan Menthazil untuk tujuan bertangas. Letakkan 1 paket Menthazil pada periuk bersama air yang mendidih dan duduk diatasnya selepas hari yang ke-20. Gunakan paket yang sama semasa bertangas untuk hari yang berikutnya sehingga bau herba di dalam paket tersebut hilang.

7. Amalkan bersauna pada hari ke-20. Ia baik untuk melangsingakan badan, mengeluarkan peluh masam dan toksin dalam badan. Ia juga berupaya mengeluarkan darah kotor dalam rahim.

PERHATIAN

• Pengguna digalakkan untuk menyapu tipis Body Tone dan Tummy Tone bagi yang pertama kali menggunakan produk ini. Sekiranya mengalami simptom seperti gatal-gatal dan timbul ruam di kawasan sapuan, hentikan sementara penggunaan. Simptom ini akan terjadi kepada pengguna yang mempunyai lapisan kulit yang nipis dan sensitif kepada herba.

* Dapatkan nasihat doktor bagi pengguna yang mempunyai alahan kulit.

Baby Telon
PENJAGAAN LUARAN • Sesuai digunakan untuk bayi kerana bersifat dingin dan lembut pada kulit. • Membantu mengatasi masalah kembung perut, selesema dan menanggalkan pusat bayi yang…

Body Tone
PENJAGAAN LUARAN • Membantu mengembalikan kecantikan asal tubuh dan mengelakkan sembab. • Mencerahkan kulit dan kesan kehitaman pada badan seperti belakang leher, ketiak dan ce…

Tummy Tone
PENJAGAAN LUARAN • Dirumus khas untuk mengatasi masalah perut mengelambir, buncit dan kesan rekahan di bahagian perut dan paha semasa mengandung. • Bertindak mengecutkan otot l…

Amme Massage
Minyak Urut Untuk Ibu PENJAGAAN LUARAN • Minyak ini sangat baik untuk mengurut wanita selepas bersalin kerana ia dapat melegakan ketegangan otot, membetulkan urat-urat dan menghalang badan dari dimasuki angin. …

Amme Heat
Minyak Panas mencegah badan dimasuki angin, memanaskan badan dan mengurangkan sengal tubuh PENJAGAAN LUARAN • Membantu mencegah badan dimasuki angin, memanaskan badan, mengurangkan sengal tubuh dan sakit sendi…

Kapsul Amme Complete
PENJAGAAN DALAMAN - 6 botol • Amme Complete (1 - 10 hari) • Membantu membuang angin. • Membersihkan darah beku atau nifas dan melancarkan pe…

Pati Herba Amme 60 days
MINUMAN HERBA SEMASA DALAM PANTANG Selepas bersalin penjagaan dalaman amat penting bagi memulihkan tenaga selain menyembuhkan kembali luka dalaman dan jahitan. Jika dahulu jamu periuk sering diamalkan. Kini, dengan Pati Herba Amme 60 Days mampu me…

Ammy Corset
Mengembalikan Bentuk Badan Yang Ramping Bengkung Sendayu Tinggi ini telah dicipta dan dimodenkan rekabentuknya untuk memudahkan para ibu dengan ukuran "free size" dan mempunyai 2 tali bagi memudahkan proses berbengkung sepanjang menjalani …

Amme Complete
KEKAL JELITA, RAMPING MENAWAN SELEPAS BERSALINBagi ibu-ibu yang baru bersalin, sesetengahnya akan mengalami meroyan atau keracunan darah (blood poisoning) yang amat merbahaya di mana ia adalah disebabkan kotoran yang tertinggal.

Thursday, 18 October 2012

Set Bersalin Ibu Halimah (MAK DARA)

http://www.jamumakdara.com/images/set_bersalin_big.jpg
Harga Promosi :RM 345.00
Amalan berpantang selepas bersalin telah menjadi tradisi bagi masyarakat Melayu. Amalan tersebut sangat dititikberatkan oleh emak Ibu Halimah ketika beliau di dalam tempoh berpantang.
Set Bersalin Ibu Halimah adalah hasil daripada amalan turun-temurun keluarga beliau, dan kini, ia diperkenalkan untuk kegunaan umum. Ramuan yang digunakan adalah 100% herba hutan hujan tropika dah tidak mengandungi bahan tiruan,manakala bengkung yang disediakan adalah bengkung tradisional Melayu.

Set Bersalin Ibu Halimah ini merangkumi
• Jamu Mak Dara (Serbuk)
• Jamu Mak Dara (Kapsul)
• Losyen Param Ibu Halimah
• Pilis
• Bedak Sejuk
• Rempah Mandi
• Bengkung
• Tungku Kukus Herba
Set Bersalin juga disertakan dengan panduan penggunaan and petua di dalam pantang.


JAMU MAK DARA SERBUK

Cara Penggunaan
Bancuhkan satu sudu besar Jamu MakDara ke dalam setengah cawan air panas .Kemudian tunggu sehingga suam dan minum air Jamu Mak Dara. Selepas minum Jamu Mak Dara lapiskan dengan segelas air suam untuk melancarkan proses penyerapan jamu.

Sekiranya menyusukan bayi, ampuhkan kedua-dua buah dada dengan lengan tangan sambil meneguk air Jamu Mak Dara.Ini adalah untuk mengelakkan dari air Jamu Mak Dara memasuki laluan susu. Banyakkan minum air suam ketika berpantang.Amalkan meminum air Jamu Mak Dara 2 kali sehari setiap pagi dan malam sebelum makan.


JAMU MAK DARA KAPSUL

Cara Penggunaan
Ambil 2 kapsul Jamu Mak Dara setiap kali sebanyak 2 kali sehari sebelum makan. Banyakkan minum air suam selama tempoh berpantang dan elakkan minum air sejuk peti ais, air berais dan makanan yang sejuk seperti tembikai, timum , buah kundur dan lain lain ketika berpantang.Juga elakkan makanan berlemak , berkuah dan berair seperti kobis, seboleh boleh nya sehingga selepas pantang kerana jika di ambil berlebihan akan memudaratkan kesihatan tubuh .

LOSYEN IBU HALIMAH


Cara Penggunaan
Di gunakan dengan cara menyapu ke seluruh badan, dada ,lengan dan terutama nya dari bahagian pinggang ke pergelangan kaki setiap kali selepas mandi.

Khasiat
Losyen Ibu Halimah yang bertindak seperti param ini adalah untuk menstabilkan suhu badan ibu-ibu dalam hari dan memastikan tubuh sentiasa hangat.Ia juga baik untuk mengurangkan rasa sejuk kebas pada badan dan mengurangkan kesan- kesan kulit pecah pada badan.


PILIS

Cara Penggunaan
Sapu pada dahi setiap kali selepas mandi.

Khasiat
Pilis di gunakan untuk melegakan sakit sakit dibahagian ubun dan pening kepala ketika berpantang. Mengurangkan gelap mata yagn biasa di alami ibu ibu baru lepas bersalin.

BEDAK SEJUK

Cara penggunaan
Ambil 3 hingga 5 butir bedak dan tambah dengan air sehinga menjadi pes. Sapu pada bahagian muka seperti pipi, dagu ,leher dan bahagian lain untuk menghilangkan kesan kesan hitam .Biarkan sehingga kering dan cuci apabila perlu.Seelok elok nya di biarkan selama mungkin agar kebaikan bedak sejuk dapat di serap oleh kulit.

Khasiat
Bedak sejuk liang liang kulit serta menghilangkan kesan kesan hitam pada leher supaya kulit sentiasa kelihatan segar dan berseri.


REMPAH MANDI


Cara Penggunaan
Rebus rempah mandi ke dalam satu periuk air sehingga mendidih.Ambil 3 cawan air rempah mandi dan di campur ke dalam setengah baldi air panas/suam (mengikut kesesuaian).Mandi menggunakan air rempah secukup nya. Sekiranya air rempah yang direbus di dalam periuk berkurangan, bolehlah ditambah dengan air yang baru. Rempah mandi boleh di gunakan sehingga habis tempoh berpantang mengikut keperluan ibu ibu dalam tempoh berpantang.

Khasiat
Rempah mandi Jamu Mak Dara sangat berkhasiat untuk mengekalkan kehangatan badan ibu ibu baru melahirkan dan menyingkirkan sel sel kulit mati pada tubuh.Ia juga untuk

Membuang angin dan mengelakkan angin dari memasuki liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah. Selain itu ia juga sesuai untuk menghilangkan bagu badan dan kesan2 hitam akibat kulit pecah.

BENGKUNG

Bengkung Jamu Mak Dara di perbuat dari kain belacu yang sesuai untuk di gunakan sebgai bengkung kerana kain nya yang lebih lasak.Bengkung Jamu Mak Dara sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu ibu bersalin selepas melahirkan kepada bentuk asal melalui penggunaan yang konsisten.

Cara Penggunaan
Letakkan bengkung pada badan dari paras bawah buah dada ke paras lutut.Balutkan bengkung pada badan dengan kemas kemudian masukkan tali bengkung kedalam lubang yang sedia ada.pastikan tali di masukkan dengan ketat agar kedudukan bengkung lebih kemas .Lilit kan tali mengukut lubang –lubang nya dan akhirkan melilit tali bengkung dengan ikatan yang ketat dan kemas . Ada lah di nasihatkan kepada para ibu untung menyapu losen ibu Halimah terlebih dahulu sebelum mengenakan bengkung.Ini kerana kehangatan losyen dan ikatan kemas bengkung dapat merepatkan tulang pinggul dan punggung serta mengempiskan bahagian perut. Di sarankan bengkung di gunakan setiap pagi sejurus selepas mandi terus ke malam sehingga tidur selama tempoh berpantang.

Khasiat
Kebaikan bengkung adalah merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung ibu ibu yang baru melahirkan bayi. Penggunaan bengkung juga dapat mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada. Selain itu ia juga dapat mengembalikan bentuk tubuh kepada asal dengan penggunaan yang kerap dan betul.


TUNGKU HERBA KUKUS

Tungku herba ini di perbuat herba dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi.Selain itu ia juga di gunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang liang roma seterusnya memudahkan penyerapankebaikan herba dan rempah ratus oleh tubuh.

Cara Penggunaan
Basahkan tungku dengan sedikit air agar batu tungku agak lembab. Kukus atau panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit.Lapiskan dengan satu lapis kain sekira nya panas kemudia tuam pada bahagian yang mengalami masalah. Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas.Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas di gunakan sebelum di simpan.

Khasiat
Di gunakan untuk melegakan sakit sakit sendi dan sengal sengal pada badan. Tungku herba ini juga dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak dan memperkemaskan tubuh bagi ibu ibu dalam tempoh berpantang.

*Tip Ibu Halimah
Apabila megambil jamu, jangan amalkan minum air kelapa kerana ia akan meneutralkan semula badan
Untuk wanita lepas bersalin, pengambilan jamu boleh dimulakan pada jari ketujuh selepas melahirkan anak sehingga habis tempoh berpantang.
Wanita yang bersalin secara pembedahan, digalakan mengambil jamu selepas 2 atau 4 minggu setelah luka pembedahan pulih
Amalan berpilis bertujuan menghalang darah meroyan naik ke mata manakala bertungku dan berbengkung pula dapat merapatkan pintu rahim
Dalam tempoh 44 hari berpantang. jangan bersama dengan suami untuk mengelakkan kerosakan faraj.
Sekiranya mendapati diri hamil, elakan mengambil jamu atau sebarang ubat-ubatan lain.
Apabila usia mencecah 40 tahun, kurangkan pemgambilan makanan laut sebalikanya lebihkan ulam-ulaman
Bagi wanita, kurangkan pengambilan makanan dan minuman sejuk untuk mengekalkan kesihatan
Jangan amalkan makan bersulamkan air kerana ia boleh menyebabkan perut buncit.

Thursday, 11 October 2012

Tungku Bayi Habbatus Sauda’



TUNGKU BAYI HABBATUS SAUDA
HARGA PROMOSI : RM26.00

Tungku Baby Habbatus Sauda :
  • Bagi ibu yang melahirkan, penjagaan bayi perlu dititikberatkan. Elakkan bayi kembung, masuk angin dan meragam sepanjang tempoh berpantang kerana menurut kepercayaan orang dahulu, jika tidak berpantang secara betul dan teratur, bayi mudah bermasalah selepasnya.
  • Menuam adalah satu cara membantu bayi merasa lebih selesa. Manfaatnya banyak terutama bagi bayi lelaki, menuam dibahagian alat sulit adalah amat penting untuk mengelakkan masalah ‘angin pasang’. Jika belakunya gejala ‘angin pasang’ ini, penjagaannya menjadi bertambah rumit dan kebanyakannya akan diselesaikan dengan satu pembedahan di bahagian tersebut.
  • Jika dahulu daun sireh digunakan dan ada yang masih menggunakan pasir. Kulit bayi adalah sangat lembut dan dikhuatiri akan merengsakan kulit. Kini, ada cara yang lebih mudah. Dengan tungku ini, ia lebih cepat, berkesan dan selamat digunakan.Tungku ini juga serbaguna untuk kanak-kanak. Terkena gigitan serangga, terjatuh, demam, batuk, selsema, benjol terurama di dahi dan lutut serta kecederaan ringan, digalakkan menggunakan tungku ini juga. Selepas penggunaan, simpan di tempat yang bersih dan kering. Sekali seminggu, jemur seketika tungku di bawah cahaya matahari selama 10 hingga 15 minit.
Cara Penggunaan :
  • Caranya mudah iaitu dengan memanaskan bahagian bawah tungku menggunakan sterika atau tungku ibu. Rasa dahulu kadar kepanasan dan tuam dengan cara menekan sedikit. Tuam dibahagian penting seperti perut, dada, sendi lutut, tapak kaki, belakang badan dan bahagian sulit (bagi lelaki). Setiap bahagian lakukan untuk 5 hingga 10 kali tuaman. Lakukan dua kali sehari selepas mandi. Boleh juga digunakan ketika cuaca sejuk untuk mengelakkan bayi batuk atau selsema. Lakukan langkah yang sama.
Info Tambahan Tungku Baby Habbatus Sauda :


  • Kandungan : Mengandungi ramuan herba terpilih (Habbatussauda, Lada Hitam, Jerangau, Bonglai, Cekur, Kulit Bawang Putih & Kulit Bawang Merah) – formulasi oleh bidan berpengalaman;
  • 100% Buatan tangan yg kukuh;
  • Tahan lama & tahan lasak;
  • Saiz tungku LEBIH BESAR dari tungku yang ada di pasaran;
  • Membuang angin yang menyebabkan kembung perut;
  • Melegakan lebam akibat terjatuh atau kesan suntikan;
  •  Tahan lama dari kulat kerana herba yang digunakan dipastikan betul-betul kering sebelum dibungkus;
  •  Tungku bayi ini dibalut dengan kain cotton flannel supaya lebih cepat meresap. Kain tersebut juga lasak dan tak mudah koyak;
  • Mudah digunakan. Hanya layur sahaja pada seterika dan tuam ke tempat yang bermasalah.

Air Ikan Haruan Plus (250ml)


http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTfrBoi6NJ9Ihnmgp_8P5l4HM5W1WyPeosts0vk8fFsUFQe_VLRvcqU8zLq
Harga : RM 28.00 seunit
Digunakan secara traditional untuk :
. Mengencang otot-otot tubuh
. Membuang angin
. Melawaskan buang air kencing
. Melegakan bengkak-bengkak ringan
. Luka-luka ringan dan lebam ringan
. Melegakan sakit belakang sendi dan otot
. Menyihatkan rahim selepas melahirkan anak
Cara Pengambilan : Dewasa sahaja – Minum 2 sudu besar pagi dan 2 sudu besar malam selepas makan
 +-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+

.

Leesa Formula

Set Ibu Bersalin
 
http://www.leesaformula.com.my/images/bg_confinemum.jpg
.
.
ConfineMum SET PREMIUM
 
Harga Promosi : RM 330.00
 
Set Ibu Bersalin – 9 Produk (Prawan, Haruan, Cotet Emas Uncang , Ginger Cream & Body Contour Gel + Bengkung Correctuer + Telon + 2 Pek Tungku Herba ) PERCUMA Beg Sandang Leesa bernilai RM69

Keistimewaan ConfineMum Set:
• Formula herba tempatan mengikut tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.
• Sangat praktikal, dengan cara pengunaan yang mudah serta tanpa bau yang memeningkan.
• Sesuai untuk ibu bersalin normal atau pembedahan. • Selamat untuk Ibu menyusu bayi.
• Diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Cara Penggunaan ConfineMum Set Premium:
Mulakan penggunaan Set ConfineMum pada hari keempat selepas melahirkan termasuk untuk ibu bersalin melalui pembedahan. Tablet Haruan Ambil 2 biji setiap hari, selepas sarapan pagi. Tablet Prawan Ambil 2 biji setiap hari, selepas makan malam. Ginger Cream Sapukan di dahi (mengganti pilis) serta di lain-lain bahagian badan selepas mandi pagi dan petang. Baik juga dicampur dengan minyak untuk berurut. Body Contour Gel Sapu di perut, pinggang, pinggul dan peha sebelum berbengkung, pagi dan malam. Bengkung Correctuer Ikat di bahagian perut, bermula dari bawah pinggul hingga bawah payudara. Minyak Telon Sapu di perut atau mana-mana badan bayi untuk memanas dan mencegah kembung. Pek Tungku Herba Tuam di perut & lain-lain bahagian badan setiap pagi selama 2 minggu atau sehingga 30 hari. Cotet Emas Uncang Minum pagi & petang atau bila-bila masa yang disukai.

*************************************************************************
.
ConfineMum SET A
 
Harga Promosi : RM 205.00
 
Set Ibu Bersalin – 5 Produk (Prawan + Haruan + Ginger Cream + Body Contour Gel + Telon)

Keistimewaan ConfineMum Set:
• Formula herba tempatan mengikut tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.
• Sangat praktikal, dengan cara pengunaan yang mudah serta tanpa bau yang memeningkan.
• Sesuai untuk ibu bersalin normal atau pembedahan.
• Selamat untuk Ibu menyusu bayi.
• Diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Cara Penggunaan ConfineMum Set A:
Mulakan penggunaan Set ConfineMum pada hari keempat selepas melahirkan termasuk untuk ibu bersalin melalui pembedahan. Tablet Haruan Ambil 2 biji setiap hari, selepas sarapan pagi. Tablet Prawan Ambil 2 biji setiap hari, selepas makan malam. Ginger Cream Sapukan di dahi (mengganti pilis) serta di lain-lain bahagian badan selepas mandi pagi dan petang. Baik juga dicampur dengan minyak untuk berurut. Body Contour Gel Sapu di perut, pinggang, pinggul dan peha sebelum berbengkung, pagi dan malam. Minyak Telon Sapu di perut atau mana-mana badan bayi untuk memanas dan mencegah kembung.
*************************************************************************
.
.ConfineMum SET B
 
 Harga Promosi : RM 250.00
Set Ibu Bersalin – 6 Produk (Prawan + Haruan + Ginger Cream + Body Contour Gel + Telon + Bengkung Correctuer)

Keistimewaan ConfineMum Set:
• Formula herba tempatan mengikut tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.
• Sangat praktikal, dengan cara pengunaan yang mudah serta tanpa bau yang memeningkan.
• Sesuai untuk ibu bersalin normal atau pembedahan.
• Selamat untuk Ibu menyusu bayi.
• Diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Cara Penggunaan ConfineMum Set B:
Mulakan penggunaan Set ConfineMum pada hari keempat selepas melahirkan termasuk untuk ibu bersalin melalui pembedahan. Tablet Haruan Ambil 2 biji setiap hari, selepas sarapan pagi. Tablet Prawan Ambil 2 biji setiap hari, selepas makan malam. Ginger Cream Sapukan di dahi (mengganti pilis) serta di lain-lain bahagian badan selepas mandi pagi dan petang. Baik juga dicampur dengan minyak untuk berurut. Body Contour Gel Sapu di perut, pinggang, pinggul dan peha sebelum berbengkung, pagi dan malam. Minyak Telon Sapu di perut atau mana-mana badan bayi untuk memanas dan mencegah kembung. Bengkung Correctuer Ikat di bahagian perut, bermula dari bawah pinggul hingga bawah payudara.

Sunday, 23 September 2012

Set Lengkap Bersalin SALINDAH


SET LENGKAP BERSALIN SALINDAH
salindah-rizi
Harga: RM 360.00
Sudah tentu anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa itu Salindah ? Siapa yang mencipta Salindah? Apa faedah dan kelebihan Salindah kepada ibu dan anak? Bagaimana cara dan prosedur pengambilannya yang sesuai dan terbaik? Dan seterusnya adakah Salindah mempunyai pantang larang? Anda boleh membaca testimonial di bawah untuk mendengar apa kata ibu-ibu yang telah menggunakan Salindah. Tidak hairanlah Salindah juga telah dikenali ramai dan mendapat banyak liputan media masa.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvZKEYNZ1v89E1uTEN_e953ZaeOX5ceoKFh_ZXKc1O7-quXEBrcd5rzn-RVIXgA7cUX9foK_mSm5LMdFvr5lNQHAjYb5oE7GGCCWmtk7IkWusYMrgh5H6IPt1t6euMu7voDeD8ms6UbEQU/s1600/salindah-rizi.jpgSALINDAH ADALAH SESUAI UNTUK WANITA HAMIL
Salindah membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain.
Method Perubatan Salindah ialah Homeopati , Biokimia dan Herbalisme. Kita sedia maklum bahawa memang ramai wanita hamil yang mengalami masalah dari awal mengandung sehingga lepas bersalin. Selalunya bermula dengan alahan pada awal trimester pertama mengandung, kemudian masalah praeklampsia yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan anak, sehingga ada yang menghidap masalah meroyan selepas bersalin. Pengalaman ini sudah pasti kita ingin elakkan kerana ia akan menimbulkan trauma kepada ibu-ibu untuk menempuh pengalaman mengandung untuk kesekian kalinya. Sebaliknya pengalaman ini sewajarnya dinikmati dan dilalui dengan penuh rasa gembira dan selesa. Namun tidak semua wanita bertuah yang dapat menikmati saat dan detik seperti itu. Paling ditakuti ialah apabila masalah ibu ini boleh membawa kesan negetif kepada bayi yang berada dalam kandungan sehingga ada yang menyebabkan berlaku kecacatan kekal. Seperti contoh penyakit ” Down Syndrome “. Itulah antara sebab kenapa ibu hamil ini perlukan makanan tambahan untuk memberikan tenaga dan rawatan kepada ibu malah membantu perkembangan dan tumbesaran bayi anda agar lebih sihat dan cergas. Menyedari masalah-masalah tersebut memerlukan satu penyelesaian yang positif, maka Pencipta Salindah telah berusaha membuat kajian secara ilmiah dan saintifik selama beberapa tahun. Akhirnya pada tahun 1981 , Salindah telah diperkenalkan.Anda perlu mengetahui dengan lebih lanjut tentang faedah dan kelebihan yang diperolehi oleh ibu-ibu bijak yang mengambil Salindah sebagai pemakanan lengkapnya. Sila rujuk maklumat tentang pengambilan Salindah untuk semasa mengandung dan selepas mengandung.
PENCIPTA SALINDAH
Prof Dr Azizan Hj Ismail adalah pencipta Formula Salindah . Beliau adalah seorang tokoh homeopati yang terkenal di Malaysia. Bermula pada tahun 1976 sehingga 1980 beliau belajar homeopati dari Dewan Perubatan Homeopati Singapura . Kemudian memperoleh Doctor of Homeopathy dari Brantridge Forest School Sussex, England . Beliau juga mendapat Doktor Falsafah dari Open International University, Sri Lanka dan pelbagai anugerah berprestij yang jarang diperoleh oleh kebanyakan pengamal homeopati di Malaysia. Sebagai usahawan, beliau menapak maju dengan tertubuhnya beberapa syarikat yang dimiliki, khususnya Sistem Era Edar Sdn Bhd . Di antara produk popular beliau ialah Examo, Salindah dan beberapa jenama yang menjadi bualan dan digemari ramai. Selain aktif dalam pertubuhan homeopati dan perniagaan, beliau turut melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Kehadiran beliau sebagai seorang pengamal yang berjaya dalam keusahawanan homeopati tiada bandingannya di Malaysia. Kini beliau memiliki kilangnya sendiri iaitu Homeopathic Laboratories (M) Sdn. Bhd. (Pendaftaran No. ), yang beroperasi di alamat 58 dan 62, Taman Industri KEDA, Napoh, Jitra, Kedah. Kilang ini,ringkasnya Homeolab, telah beroperasi sejak 1998, dan mempunyai Lesen Pengilang No. MALLP20000700 serta Sijil PBKD 000554. Homeolab adalah sebuah kilang farmaseutikal yang memenuhi piawaian GMP (Amalan Pengilang Baik).
KENAPA SALINDAH
Ibu-ibu hamil yang bijak akan memilih Salindah sebagai pemakanan dan rawatan dari awal kehamilan sehingga habis pantang . Ini kerana Salindah adalah terdiri daripada rumusan Homeopati , Biokimia dan Herbalisme yang istimewa. Ianya amat membantu ibu – ibu melahirkan si manja dengan lebih mudah.
Salindah juga diperkaya dengan Kalsium , Kalium , Ferum dan Magnesium untuk menjadikan ibu – ibu hamil lebih sihat dan si manja kelihatan lebih comel, cergas dan pintar. Malahan membantu pertumbuhan gigi dan tulang si manja anda menjadi lebih kuat.
Perhatian! Pengambilan Salindah adalah tidak memberikan kesan sampingan kepada ibu – ibu akan lebih berkeyakinan sepanjang tempoh hamil dan Salindah selamat digunakan.
FAEDAH DAN KELEBIHAN SALINDAH
Setiap set Salindah lengkap akan disertakan bersama-sama dengan sebuah buku peraturan pengunaan yang lengkap. Antara isi kandungan buku ini ialah :
  • Rancangan pemakanan kesihatan dan rawatan ibu hamil sehingga lepas pantang
  • Rajah perkembangan bayi dari bulan ke bulan
  • Khasiat dan panduan penggunaan Salindah
  • Rancangan penjagaan kesihatan
  • Tip dan Senaman Untuk Ibu Hamil
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMODZpaXH2XWf3oreAPqOzJEYUmOX1KMoJJIJwFB-i0jgXDDhQq0EkOwYbhWzM5AyQh_tS6wcIIrWaPlOV1RPNDkYFzzKUt63ZtGWnRrAiBCi7bWPxlhNAvX7aElxbyhas7BRVRWZJTv_7/s1600/salindah1.jpg
Di dalam pakej SALINDAH mengandungi :
Sebelum Bersalin / Semasa Hamil (Ceraian B1, B2, B3, B4, B5 & B6)
  • B1 – Mulai seawal kehamillan – Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. B1 juga akan menghilangkan kesan jatuh atau rebah di samping melancarkan aliran darah agar terhindar masalah tersimpul urat kaki dan menghilangkan lesu.
  • B2 – Mulai minggu ke 24 hamil – Membekalkan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, di samping menambah darah serta selera makan. B2 juga dapat menghilangkan sengal tulang dan kebas kaki tangan, mencegah serangan sejuk dan sakit gigi dan osteoporosis.
  • B3 – Mulai minggu ke 28 hamil – Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.
  • B4 – Mulai 4 minggu sebelum jangka bersalin – Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan sakit urat dan otot di samping mengurangkan sakit semasa melahirkan. B4 juga akan memudahkan kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas pada bakal-bakal ibu.
  • B5 – Mulai 2 minggu sebelum jangka bersalin – Remedi ini melanjutkan tindakan B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.
  • B6 – Mulai 1 minggu sebelum jangka bersalin – Khasiat : Berguna untuk menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat dan mempermudahkan kelahiran, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit selepas bersalin.
Selepas Bersalin (Ceraian L7, L8, L9, L10, L11 & L12)
L7 – Guna selepas bersalin – Bagus untuk menyembuhkan luka, jahitan serta pusat bayi di samping mencegah jangkitan kuman dan penanahan
L8 – Mulai 5 jam selepas bersalin – Membantu menyembuhkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.
L9 – Mulai hari ke 2 selepas bersalin – Menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota tubuh.
L10 – Mulai hari ke 6 selepas bersalin – Mempercepatkan kecut semula rahim. Mengangkat kembali rahim ke kedudukan asal dan mengurangkan simpul urat biru.
L11 – Mulai hari ke 7 selepas bersalin – Tonik istimewa bagi memanaskan tubuh, menambah selera, membaiki penghadaman dan melancarkan pembuangan najis. Mengenakkan tidur, menghilangkan kebas-kebas serta menyegarkan rahim dan alat peranakan.
L12 – Mulai hari ke 21 selepas bersalin – Berfungsi untuk menjaga kesihatan ibu bersalin agar sentiasa sihat; mengembalikan kekuatan, memulihkan alat pengkelamian dan menimbulkan kesegaran.
BAGAIMANA SALINDAH BERFUNGSI
  • Lazimnya doktor membekalkan beberapa jenis ubat kepada ibu hamil, antaranya zat besi, vitamin B kompleks dan asid folik (atau folat). Suplemen-suplemen ini memang penting kepada ibu yang hamil untuk menjaga kesihatannya dan perkembangan janin. Namun demikian, antara kesan lain pengambilannya membuat ibu bertambah selera dan ini menyebabkan janin membesar sehingga menyulitkan masa bersalin.
  • Salindah B1 membekalkan zat besi mudah serap ke dalam edaran darah dan mudah serap ke dalam sel-sel badan. B1 menguatkan badan, melancar aliran darah, mengurangkan risiko keguguran, mengurangkan mabuk dan muntah, mencegah simpul biawak (atau varikos vena).
  • Bertindak dengan B2- ia membantu pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia. B2 membekalkan zat untuk pembentukan tulang, saraf dan otak, di samping membantu penghadaman ibu. B2 diberikan dalam kandungan yang sedikit berbanding B1 dan B3 kerana kita tidak gemar anak begitu besar dalam kandungan. Yang utama ibu sihat dan anggota anak tumbuh dengan lengkap.
  • Pertumbuhan janin yang tidak besar dalam kandungan akan memudahkan kelahiran. Di samping menjadi zat biokimia asas untuk pembentukan otak dan saraf, B3 membuat ibu menjadi tenang menghadapi hari kelahiran bayinya.
  • Penyingkiran perasaan takut, bimbang dan waswas. Salindah B4, B5 dan B6 berfungsi mencegah berlakunya alamat palsu dan menepatkan tarikh bersalin (ingat : tarikh yang tepat bukan semestinya yang ditetapkan oleh doktor!), menyediakan saluran peranakan bagi melancarkan kelahiran dengan menganjalkan otot-otot liang peranakan, menguatkan otot rahim (uterus) untuk menguatkan kemutan teranan, meminimumkan rasa sakit semasa bersalin, dan memulihkan alat peranakan selepas bersalin. Dengan itu ramai ibu hamil yang menggunakan Salindah bersalin cara biasa tanpa pembedahan biarpun dia pernah melalui pembedahan dalam melahirkan anak-anak sebelum ini.
KESESUAIAN PENGAMBILAN SALINDAH
  • Umur kandungan paling lewat untuk ambil Salindah ialah 4 minggu sebelum jangkaan bersalin iaitu mulakan dengan Ceraian Salindah B3 yang diambil bersama B4 serentak.
  • Salindah – Set Selepas Bersalin serasi untuk wanita bersalin normal atau secara bedah (ceaserean).
  • Jika bersalin secara bedah, Ceraian Salindah L11 boleh diambil SELEPAS habis berpantang / setelah luka bedah pulih. L11 adalah tonik gabungan 15 jenis herba yang memanaskan badan.
TIP PEMAKANAN SALINDAH
  • Kesemua tablet hendaklah dikemam sahaja.
  • Tuangkan tablet ke dalam tudung botol, terus letak di atas lidah dan kemam sehingga larut.
  • Jangan sentuh dengan tangan.
  • Berpantanglah dari kopi (minuman berkefain), cili, kari, makanan berempah sekurang – kurangnya sebulan sebelum bersalin sehingga 2 minggu selepas bersalin.
  • Jangan simpan di dalam peti sejuk dan jauhkan dari barangan elektrik.
  • Jika loya untuk kemam dalam mulut, larutkan tablet salindah dalam air masak yang telah sejuk, kacau menggunakan sudu plastik (jangan guna sudu besi) & minum.