Nuffnang Ads

Wednesday, 7 November 2012

Tungku Elektrik @ Bantal Panas Magnetik


TUNGKU MODEN / TUNGKU ELEKTRIK / BANTAL PANAS
Mudah dan Berkesan!

 
RM48.00 SAHAJA
RM40.00 (NON-Magnetic)

APA ITU TUNGKU MODEN / TUNGKU ELEKTRIK / BANTAL PANAS?Bantal Panas adalah sebuah bantal seperti hot water bag, tapi utk hot water bag kita perlu isi air panas dan tuam /tunku pada tempat yg lenguh atau sakit. TUNGKU MODEN / TUNGKU ELEKTRIK / BANTAL PANAS tak perlu di isi dgn air panas.


Charge selama 5 minit, selepas lampu indicator terpadam, bantal panas boleh terus digunakan.


TUNGKU MODEN / TUNGKU ELEKTRIK / BANTAL PANAS ini merupakan inovasi terbaru tungku yang satu ketika dahulu bersifat tradisional kini di perbaharui untuk kemudahan anda, ia sangat baik untuk kesihatan anda sekeluarga.Diperbuat daripada bahan anti-kuman yang mengandungi cecair, tungku moden ini bersih dan mempunyai unsur perubatan yang tersendiri.

Fungsi TUNGKU MODEN / TUNGKU ELEKTRIK / BANTAL PANAS :

1. Mengelakkan artritis.
2. Baik untuk pesakit strok.
3. Mengurangkan sakit servikal vertebra.
4. Mengurangkan sakit kepala, sakit gigi
5. Melegakan sakit leher, bahu dan belakang badan.
6. Melegakan masalah sengugut (period pain)
7. Membantu mengurangkan berat badan.
8. Mengurangkan masalah lenguh-lenguh lutut dan sakit pinggang
9. Mengurangkan masalah perut kembung.
10. Melegakan bahagian tulang patah

Ciri-ciri TUNGKU MODEN / TUNGKU ELEKTRIK / BANTAL PANAS :
Cecair merupakan herba dan air, ianya diisi sekali sahaja dan mudah di bawa ke mana-mana.

PERHATIAN :-
Jika lama kelamaan airnya semakin kurang akibat tersejat, 'refill' semula dengan air biasa. Terdapat satu lubang berpenutup plastik yang boleh dicungkil keluar dan isi air biasa yang bersih dan tutup kembali.
Berat = 1.9kg++ setiap satu
.
Siapa yang sesuai memakainya?
* orang dewasa 12 tahun dan ke atas.
* wanita yang baru lepas bersalin dan menghadapi senggugut.
* Menghadapi masalah lenguh badan dan angin.
* Juga untuk lelaki sesuai untuk seluruh badan kecuali bahagian kemaluan.

.
Cara-cara penggunaan:-
Caj tungku selama 5 hingga 7 minit dan lampu khas akan terpadam secara automatik. Bantal akan menjadi panas sehingga 70 - 80 darjah celcius dan ia akan bertahan di antara 2 - 3 jam.
 


Pasangkan wayar pada soket 'wall' dan bantal
.


- Lampu akan menyala sehingga padam sendiri dalm tempoh 5 ke 8 minit.
- Cabut wayar dari bantal dan dah boleh start guna.

Produk yg diiktiraf ISO9001 (International)


Penting:
1. Pastikan sambungan plug sempurna.
2. Selepas lampu caj terpadam bekalan elektrik hendaklah ditutup
3. Tanggalkan wayar caj dari bantal.
4. Elakkan dari meninggalkan tungku ini pada suatu bahagian di badan terlalu lama bagi mengelakkan masalah kulit.
.
.
 
 

Tuesday, 6 November 2012

D’Qistee Beauty

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLiepOdERRU62xhlRgdD7r0B6Be7Nfg6JKs0sSI04Y7V7JndA03CHEE7wPa0tRSIm0OgZIEjlOaW62PqEJJIKZlZoz5eQSq51IUij6Mb9b__zq-gV0LXYwptRfSvlPpZu_RKF6OflSZ3_w/s1600/456952_395654930479310_187319049_o.jpg
.
.
D’Qistee Beauty Set
SET LENGKAP UNTUK KULIT NORMAL
HARGA : RM120.00
1. Night Cream (10 gram)
2. Day Cream (10 gram)
3. Honey & Vitamin E Soap (65 gram)
 

D’Qistee Beauty
  • D’QISTEE BEAUTY KRIM merupakan extract 100% bahan herba dan madu;
  • Krim malam dan siangnya amat pekat dan padat;
  • Ia dihasilkan dalam bentuk set yang mengandungi krim siang, krim malam dan sabun;
  • Kulit wajah berubah cerah dan segar dalam tempoh dua atau 3 minggu tanpa meninggalkan kesan kemerahan atau kepedihan atau menjadikan kulit anda nipis. Ini kerana anda sebenarnya menggunakan pati herba dan madu tulen, tanpa banyak campuran air dan bahan kimia.
BEAUTY DAY CREAM
1. Menghaluskan kulit wajah
2. Mengandungi bahan pelindung UV
3. Tidak mengandungi Hidrokuinon
4. Bahan utama: ekstrak kunyit, temu & madu
BEAUTY NIGHT CREAM
1. Membuang sel- sel kulit mati, noda hitam & parut jerawat
2. Mencerah, menggebu & menghaluskan kulit
3. Boleh dipakai di bawah mata agar kulit cerah serata
4. Tidak mengandungi Hidrokuinon
5. Bahan utama: ekstrak madu putih, ‘wax bees’ & serbuk mutiara
HONEY & VITAMIN E SOAP
1. Membuang sel- sel kulit mati & parut jerawat
2. Merawat kulit kusam
3. Memberi keanjalan serta kelembapan pada wajah
4. Boleh digunakan di seluruh badan untuk melicinkan kulit
5. Tidak mengandungi Hidrokuinon
6. Bahan utama: ekstrak madu, kolagen & vitamin E
NEUTRALIZER
1. Merawat kulit bermasalah seperti kulit kemerahan, berjerawat, berjeragat & alergik kepada makanan laut
2. Dipakai selang semalaman dengan Night Cream
3. Setelah kulit kembali normal, tidak perlu memakainya lagi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfRiS00SCbxCt2ySoqllUBi0_s2ITVG3h2P3CoKg_uE4KkmLkt8PK1AYQuaaqfi_63Ebpm18N9P1_SC8TsD8A4sr7DbfWjtuXI3uDWb9OgLeZYg0nwsloFQsZwrknOpAbB9zzpZNlgJeij/s1600/1325551236_0.jpg
 
CARA PENGGUNAAN
KULIT NORMAL
Siang Hari
1. Cuci muka dengan Honey & Vitamin E Soap
2. Sapu Day Cream (semasa kulit masih lembab)
Malam Hari
1. Cuci muka dengan Honey & Vitamin E Soap
2. Sapu Night Cream (semasa kulit masih lembab)
KULIT SENSITIF
Siang Hari
1. Cuci muka dengan Honey & Vitamin E Soap
2. Sapu Day Cream (semasa kulit masih lembab)
Malam Hari
1. Cuci muka dengan Honey & Vitamin E Soap
2. Sapu Night Cream & Neutralizer secara bergilir- gilir
- contohnya malam pertama guna Night Cream & malam kedua guna Neutralizer (semasa kulit masih lembab)
** Setelah kulit muka anda telah pulih, sila berhenti menggunakan Neutralizer dan hanya gunakan Night Cream sahaja **
*** Produk ini halal & tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya ***

Lady Cheer

 
 

Harga : RM 18.00

 
Rumusan istimewa daripada ekstrak SIREH dan MANJAKANI bertindak membersih bahagian kewanitaan anda secara semulajadi agar lebih segar, harum dan yakin sepanjang hari.

Kelebihan Produk :
1.
Merawat keputihan
2. Merawat kegatalan pada bahagian vagina
3.Melancarkan perjalanan haid
4. Penyubur kandungan wanita
5. Mengecut dan merawat kembali vagina

Kelebihan Herba :Sireh (Piper betel)1. Merawat keputihan dengan merencatkan perkembangan kulat (Candica Albican) penyebab keputihan.
2. Antiseptik untuk mengubati gatal dan alahan pada kulit serta ruam.
3. Melancarkan perjalanan haid dan penyubur kandungan/rahim wanita.
Manjakani (Croton caudatum)
1. Sebagai elemen perawat dinding vagina.
2. Membuang lendir dan partikal asing pada vagina.
3. Menstabilkan pH vagina.
4. Mengecutkan vagina serta merawat kembali saluran peranakan.
5. Membantu metabolisma dengan mengekalkan Vitamin E pada epidermis.
Serapat (Parameria laevigata)
1. Merawat saluran peranakan dengan mengimbangi pH serta keasidan vagina
Dengan beberapa titis sahaja anda akan merasai perbezaannya. Mulai hari anda sebagai wanita anggun penuh keyakinan!!!

Kopi Mahkota Dewa - Kopi Pra-campur 14 IN 1



HARGA - RM45.00
30GM X 20 SACHETS

 
Kopi Mahkota Dewa dicipta untuk penggemar kopi yang ingin memiliki yang terbaik di dalam kehidupan. Diadun dengan biji kopi Arabica Mendahling dan ekstrak Mahkota Dewa serta 10 herba pilihan yang terbaik dan berkhasiat.

SEJARAH
Pohon Mahkota Dewa ( Phaleria Macrocarpa ) berasal dari hutan belantara di Papua New Guinea dan jika tanahnya subur ketinggiannya boleh mencapai hingga 5 meter. Buahnya berwarna merah menyala seperti epal dan boleh berbuah sepanjang tahun jika tidak diganggu oleh pencemaran aktiviti manusia.

Sudah berkurun khasiat Mahkota Dewa menjadi rahsia istana Kesultanan Kepulauan Jawa. Sejak diketahui umum, Mahkota Dewa kini digunakan secara meluas dalam perubatan alternative untuk pelbagai penyakit di Indonesia.

KHASIAT
Mahkota Dewa ( Phaleria Macrocarpa ) dan 10 herba pilihan.

Kajian saintifik menunjukkan khasiat Kopi Mahkota Dewa mempunyai pelbagai bahan bioaktif yang berfungsi bagi mencegah berbagai penyakit antaranya kanser, penyakit jantung, hepatitis, diabetis, kolestrol tinggi, melancarkan perjalanan darah, lenguh-lenguh sendi, penyakit hati, mengurangkan berat badan, mengurangkan kadar gula dalam darah dan menambah tenaga kelelakian.
Ianya juga mempunyai Vitamin C, Protein, Kalsium, Magnesium dan Potassium. Mengikut kajian empiric sehingga kini masih belum terdapat lapuran mengenai kesan sampingan kepada para pengguna. Jika diamalkan selalu insyaAllah boleh mencegah penyakit-penyakit tersebut.

KANDUNGAN
Krimer bukan tenusu, kopi, gula, ekstrak herba Mahkota Dewa, Lempoyang, Temulawak, Goji, Jerangau, Kayu Manis, Halia, Buah Pala, Kulit Manggis, Mengkudu dan Ginseng.
Bertenaga Dan Kesegaran Maksima !

Monday, 5 November 2012

SET BERSALIN ATIKA BEAUTY

 


Harga : RM 295.00

POS LAJU PERCUMA

Set Bersalin Ini Mengandungi :

a. Jamu Bersalin 1
b. Jamu Bersalin 2
c. Teh Herba Tampang
d. Minyak Herba
e. Minyak Bayi
f. Rempah Pembersih Wanita
g. Param
h. Tapal
i. Pilis

Jamu Bersalin 1

Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin.

Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari sebelum makan.


Jamu Bersalin 2

Digunakan secara tradisional untuk menguatkan otot-otot tubuh dan mengurangkan berat badan bagi wanita selepas bersalin.

Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari, sebelum makan.


Teh Herba Tampang

Sebagai minuman selepas bersalin.

Cara Penggunaan : Rendam 1 uncang secawan air panas selama 5 minit. Minum ketika masih panas. Minum 2 kali sehari selepas makan bermula pada hari ke 4 selepas bersalin sehingga hari ke 8.


Minyak Herba

Membantu menyingkirkan angin dan memanaskan badan. Ekstrak herba yang digunakan juga mempunyai tindakan anti bakteria, anti radang serta anti fungus.


Minyak Bayi

Digunakan untuk bayi bagi mencegah dan mengubati perut kembung serta memberikan kehangatan pada bayi.


Rempah Pembersih Wanita


Menyegarkan, mengembalikan kawasan vagina agar bersih serta mengelakkan jangkitan. Menghilangkan bau dari darah kotor yang keluar serta merapatkan vagina.

Cara Penggunaan : Gunakan produk ini 2 kali sehari. Setiap uncang boleh digunakan sebanyak 2 kali. Rendam 1 uncang dalam 500ml air panas selama 10 minit atau bagi mendapatkan larutan yang lebih pekat, rebus 1 uncang ke dalam satu liter air selama 15 minit. Cuci bahagian vagina dengan larutan herba atau tuang larutan ke dalam besen bulat. Campur dengan 1 liter air bagi penyediaan larutan suam. Rendamkan bahagian vagina anda ke dalam larutan tersebut dan duduk sehingga larutan itu sejuk. Buang larutan itu selepas digunakan.

Param

Boleh dicampurkan dengan minyak urut semasa urutan. Menolong memecahkan lemak serta memanaskan badan. Boleh juga digunakan sendiri dengan mencampurkannya dengan air dan dilumurkanpada seluruh badan kecuali buah dada. Baik untuk melancarkan darah, memanaskan, melegakan rasa gatal serta memecahkan lemak.

Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 4 sudu besar air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh tubuh kecuali buah dada.

Tapal

Digunakan untuk memejalkan dan menguatkan tisu abdomen. Campuran herba yang mengandungi tanah liat dan jus limau juga membantu menghilangkan parut, tompok hitam pada perut.

Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan dengan rata di kawasan perut. Tutup dengan kain nipis sebelum menggunakan Bengkung Atika Beauty.


Pilis

Membantu menghindari sakit kepala dan menyejukkan mata.

Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh dahi.

Set Bersalin HPA


SET BERSALIN - 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1



Harga:  RM85.00  

Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-

1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.

2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.

3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.

4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.

5. Menghilangkan sakit batu meriyan.

6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.

7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.

8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Set bersalin mengandungi:-

Minyak Barut (2 unit).

Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

Minyak Bayi (2 unit).

Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

Teh Herba (1 unit).

Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).

Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

Kapsul Wanita A & B.

Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

Ubat Basuh (Kegunaan Luar).

Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

Spirulina.

Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Tambahan Info:

1. Ubat Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.
Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
- Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

3. Spirulina
- 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

4. Minyak Barut
- Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

5. Minyak Bayi
- Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

6. Teh Herba
- Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

7. Ubat Basuh
- Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.

Puluhan ribu ibu-ibu telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.

SET RANGKAIAN HERBANIKA BERSALIN NONA ROGUY

Semuanya dalam satu pek pada harga : RM365.00


  • PhytoNatal - 90 biji
  • Akar Herbanika - 10 paket
  • Minyak Herbanika - 100 ml
  • Herbanika barut (krim) - 60gm
  • Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
  • Herbanika Lulur - 100gm
Nona Roguy memperkenalkan kepada anda set lengkap Herbanika Bersalin yang merangkumi penjagaan kesihatan ibu selepas bersalin secara luaran dan dalaman. Rumusan istimewa yang telah terbukti keberkesanannya sejak zaman kegemilangan Raja-Raja Melayu, Siak Sumatera dan Keraton Solo.
Herbanika Bersalin terbukti berkesan memelihara kesihatan, mengekalkan kecantikan badan dan wajah serta mengatasi angin meroyan dan tekanan emosi. Keselamatan, kebersihan dan keasliannya adalah dijamin. Nona Roguy sentiasa bersama anda menuju kearah kebahagiaan dan kesempurnaan hidup.



Tablet Herbanikan Bersalin (PhytoNatal)
90 tablets - 140.00
/ 180 tablets - RM205.00

Untuk di makan
Khasiat Membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin lendir dan darah kotoran dalam sistem badan. Menyegarkan fungsi rahim serta mengeluarkan susu yang segar dan menambahkan daya tenaga semasa pantang. Mengimbangkan kembali sistem badan. Memperbaiki perjalanan darah. Meringankan dan mengencangkan badan. Baik untuk membuang lemak dan sakit anggota, angin merian, kembung perut, melawaskan pembuangan air besar dan kecil. Memelihara kesihatan dan kecantikan.

Cara pemakanan
a) Dosej Kapsul
i ) Untuk Kelawasan Biasa Harian ( 3-5 biji sebelum sarapan)
ii) Bagi yang sembelit Harian ( 3-5 biji pagi) ( 3-5 biji tengahari) ( 3-5 biji petang) ( 3-5 biji malam)

b) Dosej Paket
i)Untuk kelawasan biasa Harian
(1-2 pkt herbanika rempah bersalin ? sebelum sarapan)

ii)Bagi yang sembelit Harian
( 2 pkt herbanika rempah bersalin ? sebelum sarapan)


Herbanika Barut
150 gm RM60.00

Untuk kegunaan luar
Khasiat Sangat berkesan untuk ibu-ibu yang perutnya membesar selepas bersalin. Dapat mengatasi perut yang lembik, kembang, kendur dan buncit. Dapat menghilangkan parut-parut dan jaluran pecah-pecah di kulit perut. Membantu melicinkan perjalanan darah dan mengeluarkan darah-darah busuk dari saluran rahim. Dapat merampingkan pinggang dan mengempiskan perut.


Cara Penggunaannya :
1-2 sudu besar Herbanika Barut di masak dengan 4 sudu besar Asam Jawa di dalam periuk tanah, masukkan air secukupnya. Seelok-eloknya biarlah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kacau sehingga sebati dan biarkan seketika. Setelah masak, biarkan ia agak suam, baru lumurkan ke seluruh pinggang, perut dan bahagian ari-ari.


Sebelum menggunakan Herbanika Barut. lumurkan Minyak Herbanika ke bahagian atas perut, ari-ari, pinggang dan peha. Lepas itu barulah ikat kain barut dengan kejab.

Lakukan 2 kali sehari. Pagi ( di gunakan selepas mandi) Petang (7 mlm): Bukakan ikatan barut dan cuci bahagian perut dan pinggang dengan Minyak Herbanika, Kemudian ulangi menggunakan Herbanika Ramping Perut suam-suam panas dan ikat semula barut.Biarkan berbarut sehingga pagi. Perhatian

Bagi yang bersalin secara pembedahan gunakan Herbanika Ramping Perut selepas 1 bulan bersalin.
Cara penggunaan: Selepas sebulan : Gunakan Herbanika Ramping Perut di bahagian atas dan bawah abdomen, di bekas jahitan, belakang dan pinggul seperti cara-cara yang di beri untuk penggunaan bersalin secara normal.

Adalah sangat baik dan berkesan bagi yang bersalin secara pembedahan untuk memakai barut atau bengkung dengan ketat dan kejab yang selesa supaya:-
  • Dapat mengencangkan dan mengempiskan abdomen anda
  • Dapat melangsingkan pinggang anda
  • Dapat mengurangkan atau menghilangkan bekas parut kulit.




Uncang Cuci Herbanika
15 t-baq RM100.00

Untuk kegunaan luar Digunakan sebagai air cebok semasa menjalani rawatan selepas bersalin, membantu mengawal berbagai penyakit selepas bersalin, penyakit kulit yang berair, kering, berkuping, berdarah dan bernanah. Mempercepatkan kesembuhan bagi luka berkudis, luka pembedahan, luka dan kudis penyakit kencing manis dan infeksi di bahagian sulit (lelaki / perempuan).
Cara kegunaan:
Ambil 1/2 pkt Herbanika Uncang Cuci campur ? liter air panas mendidih. Biarkan warna menukar kekuningan herba, guna airnya yang masih panas yang tidak melecurkan. Gunakan kapas untuk mencuci bahagian sulit selepas buang air kecil bagi ibu-ibu dalam pantang atau infeksi tempat sulit. Untuk kegunaan lain, boleh di amal menggunakan kapas, membersihkan tempat-tempat yang berpenyakit, sebelum sapu ubat-ubat sakit kulit.

Boleh di amal 2 sehingga 3 kali sehari iaitu (Pagi dan Malam) atau ( Pagi, Petang dan Malam) sehingga ia tidak mengeluarkan warna herba lagi.
1. Gunakan Herbanika Uncang Cuci untuk membersihkan dan mencebok bahagian tempat sulit semasa dalam pantang untuk menjaga kebersihan dan kesegaran tempat sulit.

2. Setiap kali selepas membersihkan tempat sulit : sapukan Minyak Mustajab di bahagian tempat sulit dan tuangkan Minyak Mustajab ke atas Tuala Wanita.

3. Jika ada luka atau luka yang belum sembuh, ambil 1 pkt Mustajab Muda Mesra (Pembersih Dalaman ) di campur dengan Minyak Mustajab dan buat seperti Krim Herba. Sapu di bahagian yang luka itu, setiap kali bahagian itu di bersihkan. Jika luka sudah sembuh, sapu Minyak Mustajab sahaja di bahagian tempat sulit sehingga habis pantang bersalin.


Herbanika Lulur ~ Untuk kegunaan Luar150 gm RM60.00
Khasiat
Membantu menegangkan payudara yang kendur. Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan memgembalikan kepejalan badan. Pembersih antiseptik yang membantu mengatasi penyakit dan mempercepatkan pemulihan serta mengatasi panyakit kebas, mudah sejuk, urat saraf serta peluh yang berbau. Mengecutkan bengkak-bengkak yang di sebabkan oleh angin lendir di sendi, peluh yang berbau dan urat-urat timbul.

Membantu sebagai penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat. Terbukti keberkesanannya bagi lelaki dan perempuan.

Cara kegunaan:
1. Selepas mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mulai lulur seluruh badan seperti berikut :
1/2 sudu besar Herbanika Lulur di campur dengan air panas suam serta sedikit air florida ( Jika perlu). Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki, tangan, lengan dan belakang.

2. Guna air Florida untuk lulur supaya tidak bertepek-tepek.
3. Sapu kaki dan tapak kaki dengan air Florida dan pakai stokin yang tipis.



Akar Herbanika ~ Untuk Diminum15 t-baq RM70.00 / 30 t-bag RM100.00
Khasiat
Menyegarkan urat saraf dan membantu mengeluarkan susu segar dan pekat. Ia dapat mengurangkan air yang berlebihan dalam badan. Melawaskan pembuangan air kecil, meringankan badan, membantu memecahkan lemak yang degil dan mengurangkan keletihan serta sakit-sakit sendi, juga untuk mengawal bau badan. Bagi lelaki, untuk penyuburan benih dan menghindarkan angin pasang.

Ambil 1 pt Akar Herbanika di campurkan dengan 1 cawan air panas. Jika terlalu pekat bolehlah ditambah air sehingga ia menjadi cair. Boleh di campur dengan gula batu atau madu lebah jika perlu. Minum air Akar Herbanika suam-suam panas sebagai ganti minuman biasa. Sehari 3-4 cawan.
Nasihat Untuk penjagaan intensif bagi mempercepatkan penyemburan luka dalaman. Adalah di nasihatkan mengamalkan meminum air Resipi Halia seperti berikut:

Resipi Halia 1-2 sudu teh Madu Arab (boleh di dapati di Nona Roguy)
1 sudu teh Air Gamat 1 sudu teh Pati Halia
Campur bahan-bahan di atas di dalam cawan dan di tambah dengan air suam secukupnya.


Bagi yang bersalin secara normal :
Pengambilan setiap pagi selama seminggu bermula dari selepas bersalin


Bagi yang bersalin secara pembedahan :
Pengambilan setiap pagi selama 2 minggu bermula dari selapas bersalin. Selepas tamat tempoh pantang bersalin. - Setiap kali selepas bersama suami, perlu membersihkan tempat sulit dan sapu Minyak Mustajab ke dalam saluran faraj serta luaranya untuk memelihara kebersihan dan kesegarannya.


Selalu menggunakan Mustajab Harmonis untuk kesegaran saluran faraj. Teruskan amalan meminum air Akar Herbanika sebagai Teh Herba untuk menjaga kesegaran dan kecantikan.




Minyak Herbanika ~
Untuk kegunaan luar130 ml RM68.00 / 260 ml RM105.00.
Khasiat
Membantu melembut dan mengencangkan kembali kulit perut. Di sediakan khusus untuk ibu-ibu yang menjalani rawatan selepas bersalin. Minyak pelembap melembutkan dan mengencangkan kembali perut yang kendur, lembik, dan pecah-pecah berjalur. Dapat menyegarkan urat saraf dan otot- otot yang lemah, kulit-kulit badan dan payudara yang kendur. Membantu melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin kotoran melalui liang-liang roma badan.

Cara kegunaan : Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha. Sangat mujarab digunakan untuk urut. Boleh guna bengkung (jika perlu), ikat biar selesa.

Perhatian :
1. Guna Minyak Herbanika sebelum menggunakan Herbanika Ramping Perut.
2. Bagi yang bersalin secara pembedahan.


Cara kegunaan:
Selama sebulan : Hanya sapu Minyak Herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah, belakang serta bahagian pinggul dan gunakan kain barut atau bengkung untuk membarut bahagian-bahagian tersebut.


Pengguna Set Bersalin Nona Roguy
Apakah perbezaan diantara herba bentuk serbuk dan kapsul ?
Sebenarnya tidak ada beza diantara herba serbuk dengan kapsul. Hanya kadar penyerapan secara serbuk adalah lebih cepat untuk bertindak dan satu kelebihan serbuk ialah ia boleh digunakan sebagai rawatan sampingan luaran.


Mengapa ibu di dalam pantang bersalin menghadapi cirit birit apabila mengamal Herbanika Bersalin ?

Rempah Herbanika Bersalin adalah pembersih dalaman badan yang bertindak khusus sebagai pembongkar dan pembuangan angin,darah dan lendir bertoksik yang berkeliaran dalam sistem peranakan, urat saraf, otot-otot dan sendi ibu bersalin.
Cirit-birit yang berlaku lebih daripada 5 kali berkemungkinan menandakan ibu bersalin itu mempunyai banyak pengumpulan angin bertoksik dan air bisa yang tersembunyi yang akan dikeluarkan secara berair, berbuih-buih serta berbau busuk dan masam. ? Adakala pengeluaran najis berwarna hijau, berlendir dan berbau amat busuk, menandakan terdapat banyak himpunan keracunan yang sebati dalam sistem dalaman badan.

Adakala pengeluaran najis bertali-tali, berbiji-biji bewarna putih dan berbau hanyir menandakan banyak himpunan angin keracunan yang mempunyai lemak berlendir berlebihan di dalam badan.

Adakala pengeluaran najis berminyak dan bewarna hitam dan berbau busuk menandakan banyak himpunan sisa-sisa pemakanan menjadi toksik yang tersimpan lama di dalam sistem badan.

Adakala keluaran najis berupa lendir dan air sahaja berserta angin seperti cirit-birit. Ini menandakan pengamal ini bermasalah dari sekatan angin toksik dalam otot-otot sendi di mana jika tidak dikeluarkan berkemungkinan akan mendapat penyakit bisa-bisa otot dan sendi, sejuk-sejuk tulang, penyakit kebas, berat tengkuk dan kepala, mata kabur, keletihan, lesu dan tiada bernafsu.

Jikalau mengalami sakit perut dan memulas pada setiapkali hendak membuang air besar itu menandakan pengumpulan angin bertoksik iaitu’ Angin pasang” disekitar pusat di bongkar dan di pecahkan di mana ibu bersalin akan terasa bisa di bahagian rahim.

Proses secara ini akan membantu mengeluarkan sisa-sisa darah nifas, darah bantal dan darah bayam yang berbau busuk seperti bangkai. Jika tidak dikeluarkan kebanyakkan ibu bersalin berkemungkinan akan mengalami :
  • Lemah rahim
  • Bengkak dan Inflamasi bahagian rahim
  • Senggugut
  • Timbunan isi di dalam dan luar rahim
  • 2 Endometriosis dan Adenomyosi
  •  Ketumbuhan dalam dan luar rahim Fibroid
  •  Sis (Cyst)
  • Polips (Polyps)
  • Gangguan Haid
  • Gila Meroyan
Dan bermacam penyakit puan sehingga tercetus penyakit barah.


Mengapakah setelah mengamalkan produk Nona Roguy terutamanya Herbanika Bersalin dalam pantang kerap mendapat masalah alahan pada kulit atau \’skin allergy? seperti ruam dan gatal-gatal ?
Apabila ibu dalam pantang bersalin mendapat alahan kulit atau skin allergy semasa mengamal Herbanika Bersalin, menandakan pengeluaran hasil kekotoran dan angin keracunan yang terkumpul dalam sistem badan melalui pembukaan liang roma.  Angin darah kotor ini di kenali sebagai Angin Resdung Darah yang jika dibiarkan berkemungkinan akan menjadi penyebab penyakit migraine, keguguran rambut, serangan berbagai penyakit kulit, jangkitan kuman dan fungus (kulat) di kulit dan di bahagian sulit.

Adakah akan berlaku sebarang kesan sampingan pada bayi yang menyusu sekiranya ibu bersalin mengamalkan Herbanika Bersalin ?
Bayi yang menyusu daripada ibu yang sedang mengamalkan Herbanika Bersalin, tidak semuanya akan mengalami pembuangan air besar yang kerap. Jika kerap berlaku pembuangan air besar yang cair, ini adalah Krisis Pemulihan kepada ibu bersalin yang banyak menyimpan angin toksik dalam sistem badan dan mungkin telah disalurkan pada bayi dalam kandungan. Apabila ibu melalui krisis pemulihan, bayi yang menyusu akan turut melalui pembuangan air besar yang kerap selama 1 minggu.

Jika pembuangan air besar bayi terlalu lawas dan menyebabkan ruam panas, atau kemerahan di bahagian dubur, ibu boleh mengurangkan sukatan Herbanika Bersalin. Tetapi hendaklah melebihkan minum air Akar Herbanika yang pekat untuk membantu mengeluarkan angin panas dalam badan dan melancarkan perjalanan darah. Ia juga dapat membantu bayi daripada serangan kembung perut, angin pasang dan penyakit kuning di mana kelemahan ini telah sedia ada dalam bayi semasa dalam kandungan ibu.


Bolehkah Herbanika Bersalin dijadikan amalan seharian selain daripada waktu dalam pantang bersalin?

Herbanika Bersalin ialah Pembersih Dalaman ringan yang boleh diamalkan oleh lelaki dan perempuan yang lawas pembuangan air besar (normal) atau terlalu lawas pembuangan air besar (sensitif) dan banyak angin dalam usus.

Ia dapat membantu mengeluarkan angin, air yang berlebihan dan lemak di perut dan di usus dengan berkesan.

Keberkesanannya sangat mujarab bagi pesakit-pesakit urat saraf, bisa, bengkak otot dan sendi, gemuk angin dan air (sembab), penyakit kebas, sejuk-sejuk dan kerap membuang air kecil.

Ibu boleh meneruskan pengamalan Herbanika Bersalin selepas pantang jikalau terasa selesa dengan pembersihan yang ringan ini. Tetapi disyorkan penambahan pembersih dalaman \’Rangkaian Mustajab untuk membantu memperkuatkan daya pembersihan dan membongkar penyumbatan segala kekotoran di bahagian dalaman dengan lebih efektif.