Nuffnang Ads

Monday 5 November 2012

SET RANGKAIAN HERBANIKA BERSALIN NONA ROGUY

Semuanya dalam satu pek pada harga : RM365.00


  • PhytoNatal - 90 biji
  • Akar Herbanika - 10 paket
  • Minyak Herbanika - 100 ml
  • Herbanika barut (krim) - 60gm
  • Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
  • Herbanika Lulur - 100gm
Nona Roguy memperkenalkan kepada anda set lengkap Herbanika Bersalin yang merangkumi penjagaan kesihatan ibu selepas bersalin secara luaran dan dalaman. Rumusan istimewa yang telah terbukti keberkesanannya sejak zaman kegemilangan Raja-Raja Melayu, Siak Sumatera dan Keraton Solo.
Herbanika Bersalin terbukti berkesan memelihara kesihatan, mengekalkan kecantikan badan dan wajah serta mengatasi angin meroyan dan tekanan emosi. Keselamatan, kebersihan dan keasliannya adalah dijamin. Nona Roguy sentiasa bersama anda menuju kearah kebahagiaan dan kesempurnaan hidup.



Tablet Herbanikan Bersalin (PhytoNatal)
90 tablets - 140.00
/ 180 tablets - RM205.00

Untuk di makan
Khasiat Membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin lendir dan darah kotoran dalam sistem badan. Menyegarkan fungsi rahim serta mengeluarkan susu yang segar dan menambahkan daya tenaga semasa pantang. Mengimbangkan kembali sistem badan. Memperbaiki perjalanan darah. Meringankan dan mengencangkan badan. Baik untuk membuang lemak dan sakit anggota, angin merian, kembung perut, melawaskan pembuangan air besar dan kecil. Memelihara kesihatan dan kecantikan.

Cara pemakanan
a) Dosej Kapsul
i ) Untuk Kelawasan Biasa Harian ( 3-5 biji sebelum sarapan)
ii) Bagi yang sembelit Harian ( 3-5 biji pagi) ( 3-5 biji tengahari) ( 3-5 biji petang) ( 3-5 biji malam)

b) Dosej Paket
i)Untuk kelawasan biasa Harian
(1-2 pkt herbanika rempah bersalin ? sebelum sarapan)

ii)Bagi yang sembelit Harian
( 2 pkt herbanika rempah bersalin ? sebelum sarapan)


Herbanika Barut
150 gm RM60.00

Untuk kegunaan luar
Khasiat Sangat berkesan untuk ibu-ibu yang perutnya membesar selepas bersalin. Dapat mengatasi perut yang lembik, kembang, kendur dan buncit. Dapat menghilangkan parut-parut dan jaluran pecah-pecah di kulit perut. Membantu melicinkan perjalanan darah dan mengeluarkan darah-darah busuk dari saluran rahim. Dapat merampingkan pinggang dan mengempiskan perut.


Cara Penggunaannya :
1-2 sudu besar Herbanika Barut di masak dengan 4 sudu besar Asam Jawa di dalam periuk tanah, masukkan air secukupnya. Seelok-eloknya biarlah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kacau sehingga sebati dan biarkan seketika. Setelah masak, biarkan ia agak suam, baru lumurkan ke seluruh pinggang, perut dan bahagian ari-ari.


Sebelum menggunakan Herbanika Barut. lumurkan Minyak Herbanika ke bahagian atas perut, ari-ari, pinggang dan peha. Lepas itu barulah ikat kain barut dengan kejab.

Lakukan 2 kali sehari. Pagi ( di gunakan selepas mandi) Petang (7 mlm): Bukakan ikatan barut dan cuci bahagian perut dan pinggang dengan Minyak Herbanika, Kemudian ulangi menggunakan Herbanika Ramping Perut suam-suam panas dan ikat semula barut.Biarkan berbarut sehingga pagi. Perhatian

Bagi yang bersalin secara pembedahan gunakan Herbanika Ramping Perut selepas 1 bulan bersalin.
Cara penggunaan: Selepas sebulan : Gunakan Herbanika Ramping Perut di bahagian atas dan bawah abdomen, di bekas jahitan, belakang dan pinggul seperti cara-cara yang di beri untuk penggunaan bersalin secara normal.

Adalah sangat baik dan berkesan bagi yang bersalin secara pembedahan untuk memakai barut atau bengkung dengan ketat dan kejab yang selesa supaya:-
  • Dapat mengencangkan dan mengempiskan abdomen anda
  • Dapat melangsingkan pinggang anda
  • Dapat mengurangkan atau menghilangkan bekas parut kulit.




Uncang Cuci Herbanika
15 t-baq RM100.00

Untuk kegunaan luar Digunakan sebagai air cebok semasa menjalani rawatan selepas bersalin, membantu mengawal berbagai penyakit selepas bersalin, penyakit kulit yang berair, kering, berkuping, berdarah dan bernanah. Mempercepatkan kesembuhan bagi luka berkudis, luka pembedahan, luka dan kudis penyakit kencing manis dan infeksi di bahagian sulit (lelaki / perempuan).
Cara kegunaan:
Ambil 1/2 pkt Herbanika Uncang Cuci campur ? liter air panas mendidih. Biarkan warna menukar kekuningan herba, guna airnya yang masih panas yang tidak melecurkan. Gunakan kapas untuk mencuci bahagian sulit selepas buang air kecil bagi ibu-ibu dalam pantang atau infeksi tempat sulit. Untuk kegunaan lain, boleh di amal menggunakan kapas, membersihkan tempat-tempat yang berpenyakit, sebelum sapu ubat-ubat sakit kulit.

Boleh di amal 2 sehingga 3 kali sehari iaitu (Pagi dan Malam) atau ( Pagi, Petang dan Malam) sehingga ia tidak mengeluarkan warna herba lagi.
1. Gunakan Herbanika Uncang Cuci untuk membersihkan dan mencebok bahagian tempat sulit semasa dalam pantang untuk menjaga kebersihan dan kesegaran tempat sulit.

2. Setiap kali selepas membersihkan tempat sulit : sapukan Minyak Mustajab di bahagian tempat sulit dan tuangkan Minyak Mustajab ke atas Tuala Wanita.

3. Jika ada luka atau luka yang belum sembuh, ambil 1 pkt Mustajab Muda Mesra (Pembersih Dalaman ) di campur dengan Minyak Mustajab dan buat seperti Krim Herba. Sapu di bahagian yang luka itu, setiap kali bahagian itu di bersihkan. Jika luka sudah sembuh, sapu Minyak Mustajab sahaja di bahagian tempat sulit sehingga habis pantang bersalin.


Herbanika Lulur ~ Untuk kegunaan Luar150 gm RM60.00
Khasiat
Membantu menegangkan payudara yang kendur. Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan memgembalikan kepejalan badan. Pembersih antiseptik yang membantu mengatasi penyakit dan mempercepatkan pemulihan serta mengatasi panyakit kebas, mudah sejuk, urat saraf serta peluh yang berbau. Mengecutkan bengkak-bengkak yang di sebabkan oleh angin lendir di sendi, peluh yang berbau dan urat-urat timbul.

Membantu sebagai penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat. Terbukti keberkesanannya bagi lelaki dan perempuan.

Cara kegunaan:
1. Selepas mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mulai lulur seluruh badan seperti berikut :
1/2 sudu besar Herbanika Lulur di campur dengan air panas suam serta sedikit air florida ( Jika perlu). Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki, tangan, lengan dan belakang.

2. Guna air Florida untuk lulur supaya tidak bertepek-tepek.
3. Sapu kaki dan tapak kaki dengan air Florida dan pakai stokin yang tipis.



Akar Herbanika ~ Untuk Diminum15 t-baq RM70.00 / 30 t-bag RM100.00
Khasiat
Menyegarkan urat saraf dan membantu mengeluarkan susu segar dan pekat. Ia dapat mengurangkan air yang berlebihan dalam badan. Melawaskan pembuangan air kecil, meringankan badan, membantu memecahkan lemak yang degil dan mengurangkan keletihan serta sakit-sakit sendi, juga untuk mengawal bau badan. Bagi lelaki, untuk penyuburan benih dan menghindarkan angin pasang.

Ambil 1 pt Akar Herbanika di campurkan dengan 1 cawan air panas. Jika terlalu pekat bolehlah ditambah air sehingga ia menjadi cair. Boleh di campur dengan gula batu atau madu lebah jika perlu. Minum air Akar Herbanika suam-suam panas sebagai ganti minuman biasa. Sehari 3-4 cawan.
Nasihat Untuk penjagaan intensif bagi mempercepatkan penyemburan luka dalaman. Adalah di nasihatkan mengamalkan meminum air Resipi Halia seperti berikut:

Resipi Halia 1-2 sudu teh Madu Arab (boleh di dapati di Nona Roguy)
1 sudu teh Air Gamat 1 sudu teh Pati Halia
Campur bahan-bahan di atas di dalam cawan dan di tambah dengan air suam secukupnya.


Bagi yang bersalin secara normal :
Pengambilan setiap pagi selama seminggu bermula dari selepas bersalin


Bagi yang bersalin secara pembedahan :
Pengambilan setiap pagi selama 2 minggu bermula dari selapas bersalin. Selepas tamat tempoh pantang bersalin. - Setiap kali selepas bersama suami, perlu membersihkan tempat sulit dan sapu Minyak Mustajab ke dalam saluran faraj serta luaranya untuk memelihara kebersihan dan kesegarannya.


Selalu menggunakan Mustajab Harmonis untuk kesegaran saluran faraj. Teruskan amalan meminum air Akar Herbanika sebagai Teh Herba untuk menjaga kesegaran dan kecantikan.




Minyak Herbanika ~
Untuk kegunaan luar130 ml RM68.00 / 260 ml RM105.00.
Khasiat
Membantu melembut dan mengencangkan kembali kulit perut. Di sediakan khusus untuk ibu-ibu yang menjalani rawatan selepas bersalin. Minyak pelembap melembutkan dan mengencangkan kembali perut yang kendur, lembik, dan pecah-pecah berjalur. Dapat menyegarkan urat saraf dan otot- otot yang lemah, kulit-kulit badan dan payudara yang kendur. Membantu melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin kotoran melalui liang-liang roma badan.

Cara kegunaan : Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha. Sangat mujarab digunakan untuk urut. Boleh guna bengkung (jika perlu), ikat biar selesa.

Perhatian :
1. Guna Minyak Herbanika sebelum menggunakan Herbanika Ramping Perut.
2. Bagi yang bersalin secara pembedahan.


Cara kegunaan:
Selama sebulan : Hanya sapu Minyak Herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah, belakang serta bahagian pinggul dan gunakan kain barut atau bengkung untuk membarut bahagian-bahagian tersebut.


Pengguna Set Bersalin Nona Roguy
Apakah perbezaan diantara herba bentuk serbuk dan kapsul ?
Sebenarnya tidak ada beza diantara herba serbuk dengan kapsul. Hanya kadar penyerapan secara serbuk adalah lebih cepat untuk bertindak dan satu kelebihan serbuk ialah ia boleh digunakan sebagai rawatan sampingan luaran.


Mengapa ibu di dalam pantang bersalin menghadapi cirit birit apabila mengamal Herbanika Bersalin ?

Rempah Herbanika Bersalin adalah pembersih dalaman badan yang bertindak khusus sebagai pembongkar dan pembuangan angin,darah dan lendir bertoksik yang berkeliaran dalam sistem peranakan, urat saraf, otot-otot dan sendi ibu bersalin.
Cirit-birit yang berlaku lebih daripada 5 kali berkemungkinan menandakan ibu bersalin itu mempunyai banyak pengumpulan angin bertoksik dan air bisa yang tersembunyi yang akan dikeluarkan secara berair, berbuih-buih serta berbau busuk dan masam. ? Adakala pengeluaran najis berwarna hijau, berlendir dan berbau amat busuk, menandakan terdapat banyak himpunan keracunan yang sebati dalam sistem dalaman badan.

Adakala pengeluaran najis bertali-tali, berbiji-biji bewarna putih dan berbau hanyir menandakan banyak himpunan angin keracunan yang mempunyai lemak berlendir berlebihan di dalam badan.

Adakala pengeluaran najis berminyak dan bewarna hitam dan berbau busuk menandakan banyak himpunan sisa-sisa pemakanan menjadi toksik yang tersimpan lama di dalam sistem badan.

Adakala keluaran najis berupa lendir dan air sahaja berserta angin seperti cirit-birit. Ini menandakan pengamal ini bermasalah dari sekatan angin toksik dalam otot-otot sendi di mana jika tidak dikeluarkan berkemungkinan akan mendapat penyakit bisa-bisa otot dan sendi, sejuk-sejuk tulang, penyakit kebas, berat tengkuk dan kepala, mata kabur, keletihan, lesu dan tiada bernafsu.

Jikalau mengalami sakit perut dan memulas pada setiapkali hendak membuang air besar itu menandakan pengumpulan angin bertoksik iaitu’ Angin pasang” disekitar pusat di bongkar dan di pecahkan di mana ibu bersalin akan terasa bisa di bahagian rahim.

Proses secara ini akan membantu mengeluarkan sisa-sisa darah nifas, darah bantal dan darah bayam yang berbau busuk seperti bangkai. Jika tidak dikeluarkan kebanyakkan ibu bersalin berkemungkinan akan mengalami :
  • Lemah rahim
  • Bengkak dan Inflamasi bahagian rahim
  • Senggugut
  • Timbunan isi di dalam dan luar rahim
  • 2 Endometriosis dan Adenomyosi
  •  Ketumbuhan dalam dan luar rahim Fibroid
  •  Sis (Cyst)
  • Polips (Polyps)
  • Gangguan Haid
  • Gila Meroyan
Dan bermacam penyakit puan sehingga tercetus penyakit barah.


Mengapakah setelah mengamalkan produk Nona Roguy terutamanya Herbanika Bersalin dalam pantang kerap mendapat masalah alahan pada kulit atau \’skin allergy? seperti ruam dan gatal-gatal ?
Apabila ibu dalam pantang bersalin mendapat alahan kulit atau skin allergy semasa mengamal Herbanika Bersalin, menandakan pengeluaran hasil kekotoran dan angin keracunan yang terkumpul dalam sistem badan melalui pembukaan liang roma.  Angin darah kotor ini di kenali sebagai Angin Resdung Darah yang jika dibiarkan berkemungkinan akan menjadi penyebab penyakit migraine, keguguran rambut, serangan berbagai penyakit kulit, jangkitan kuman dan fungus (kulat) di kulit dan di bahagian sulit.

Adakah akan berlaku sebarang kesan sampingan pada bayi yang menyusu sekiranya ibu bersalin mengamalkan Herbanika Bersalin ?
Bayi yang menyusu daripada ibu yang sedang mengamalkan Herbanika Bersalin, tidak semuanya akan mengalami pembuangan air besar yang kerap. Jika kerap berlaku pembuangan air besar yang cair, ini adalah Krisis Pemulihan kepada ibu bersalin yang banyak menyimpan angin toksik dalam sistem badan dan mungkin telah disalurkan pada bayi dalam kandungan. Apabila ibu melalui krisis pemulihan, bayi yang menyusu akan turut melalui pembuangan air besar yang kerap selama 1 minggu.

Jika pembuangan air besar bayi terlalu lawas dan menyebabkan ruam panas, atau kemerahan di bahagian dubur, ibu boleh mengurangkan sukatan Herbanika Bersalin. Tetapi hendaklah melebihkan minum air Akar Herbanika yang pekat untuk membantu mengeluarkan angin panas dalam badan dan melancarkan perjalanan darah. Ia juga dapat membantu bayi daripada serangan kembung perut, angin pasang dan penyakit kuning di mana kelemahan ini telah sedia ada dalam bayi semasa dalam kandungan ibu.


Bolehkah Herbanika Bersalin dijadikan amalan seharian selain daripada waktu dalam pantang bersalin?

Herbanika Bersalin ialah Pembersih Dalaman ringan yang boleh diamalkan oleh lelaki dan perempuan yang lawas pembuangan air besar (normal) atau terlalu lawas pembuangan air besar (sensitif) dan banyak angin dalam usus.

Ia dapat membantu mengeluarkan angin, air yang berlebihan dan lemak di perut dan di usus dengan berkesan.

Keberkesanannya sangat mujarab bagi pesakit-pesakit urat saraf, bisa, bengkak otot dan sendi, gemuk angin dan air (sembab), penyakit kebas, sejuk-sejuk dan kerap membuang air kecil.

Ibu boleh meneruskan pengamalan Herbanika Bersalin selepas pantang jikalau terasa selesa dengan pembersihan yang ringan ini. Tetapi disyorkan penambahan pembersih dalaman \’Rangkaian Mustajab untuk membantu memperkuatkan daya pembersihan dan membongkar penyumbatan segala kekotoran di bahagian dalaman dengan lebih efektif.

No comments:

Post a Comment